RSS

Ramalan Teknologi Bagi 5 Tahun Akan Datang

23 Dec

Setiap tahun, pihak IBM akan mengeluarkan ramalan untuk lima tahun akan datang berkaitan dunia teknologi dan perkomputeran. Seperti biasa, untuk tahun ini, mereka menerbitkannya untuk memfokuskan kepada beberapa perkara bagi membantu manusia melakukan sesuatu tugasan. Melalui perkongsian pihak IBM untuk tahun ini, lima perkara yang disentuh adalah pendidikan, peruncitan, kesihatan, sekuriti dan juga bandar. Pihak IBM menyasarkan pembelajaran lebih dimudahkan dengan setiap pelajar boleh menerima pendidikan mengikut minat mereka bagi membolehkan skill dan kepakaran dibangunkan berdasarkan kepada minat seseorang. Pada masa yang sama, perkara ini juga memudahkan para cikgu untuk mengajar dengan lebih efektif. Pada hari ini, ramai yang membuat pembelian secara dalam-talian. Namun, dalam masa beberapa tahun lagi, perkara ini dijangka berubah, dan pengguna akan kembali membuat pembelian di kedai seperti sebelumnya. Namun, ia akan berbeza, dimana setiap perkara akan diperibadikan dengan pelbagai teknologi seperti Augmented Reality dan sebagainya diintegrasikan termasuk penghantaran ke rumah pada hari yang sama. Dalam masa lima tahun, industri kesihatan akan berasaskan teknologi kepada DNA, bagi membolehkan setiap penyakit termasuk kanser dirawat dengan lebih berkesan berbanding hari ini. Pada hari ini, ramai yang menjadi mangsa sekuriti, dimana pelbagai identiti diceroboh dan disalah gunakan oleh ramai pihak. Oleh itu, pihak IBM menyasarkan setiap pengguna akan dilindungi oleh “pelindung digital” sendiri dimana merangkumi identiti, peranti, aplikasi dan sebagainya. Sistem perbandaran dijangka akan menjadi lebih pintar dan mengikut apa yang diinginkan oleh penduduk bandar. Menurut IBM, sistem perbandaran akan mengikut perkembangan dan permintaan pengguna. Setiap peranti yang digunakan pengguna juga akan memberikan pandangan berkaitan restoran, rancangan menarik, dan bagaimana untuk mengelak kesesakkan. Rakyat dan penduduk juga dijangka akan lebih mudah berinteraksi dengan pentadbir melalui sistem baru. Daripada pelbagai idea yang diperlihatkan oleh IBM, sesetengahnya boleh dikatakan telah mula diimplementasikan pada hari ini. Kebanyakkan daripadanya turut memfokuskan kepada penggunaan teknologi perkomputeran awan dalam memahami kehendak dan minat pengguna – seterusnya memperibadikan sesuatu mengikut apa yang dikehendaki. Jadi, bagi anda, apakah teknologi untuk lima tahun akan datang ini ?

 
Leave a comment

Posted by on December 23, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s