RSS

Raspberry Pi : Pengenalan

28 Dec

Raspberry Pi ini boleh dikatakan sebagai sebuah komputer bersaiz mini dimana saiznya sebesar kad pengenalan kita. Mempunyai beberapa port terbina seperti HDMI (Untuk dihubungkan ke monitor), port USB (Untuk tetikus dan papan kekunci), dan juga port mikro-SD (Untuk ruangan storan). Hadir dalam dua variasi, iaitu set A dan juga Set B. Membezakannya, Set B hadir dengan sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian internet kepadanya. Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB. Sekiranya anda ingin menggunakan monitor lama, anda perlu mendapatkan converter daripada HDMI ke VGA. Untuk makluman, beberapa penjual hanya menjualnya tanpa kotak dan ditawarkan dalam bentuk “papan litar” sahaja untuk mengurangkan kos jualannya. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan kotak pelindung  dalam bentuk kad yang boleh dicetak dan dibuat sendiri. Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi termasuk versi Linux. Pihak Raspberry sendiri menyediakan sebuah halaman khas untuk beberapa koleksi sistem operasi mereka. Pengguna boleh memuat-turun NOOBS yang menyediakan pemasangan mudah untuk pengguna umum. Layari : Halaman Muat-Turun Raspberry Pi. Sebelum memulakan proses pemasangan, anda memerlukan dua perisian tambahan, iaitu SD Formatter dan Win32DiskImager. Untuk SD Formatter, ia akan memadam semua data pada kad-SD anda untuk proses pemasangan sistem operasi. Selepas memasang sistem operasi pilihan, saiz pada kad-SD anda akan memaparkan sekitar 50MB (atau mungkin berbeza), yang mana jauh lebih sedikit berbanding saiz asal kad-SD. Sekiranya anda ingin mendapatkan semula ruangan asal tersebut, boleh format menggunakan SD Formatter ini, memandangkan format menggunakan sokongan terbina pada Windows tidak mengembalikan ruangan asal sepenuhnya. Muat-Turun SD Formatter untuk Windows. Selesai sahaja format kad-SD anda, anda boleh memulakan proses pemasangan sistem operasi berkenaan. Untuk melakukannya, pengguna memerlukan perisian Win32DiskImager. Pengguna perlu menjalankan Win32DiskImager, kemudian pilih fail IMG sistem operasi yang dimuat-turun. Pastikan anda memilih ruangan storan yang tepat ketika proses pemasangannya. Klik pada Write, dan seterusnya ia akan memulakan proses pemasangan sistem operasi pada kad-SD anda. Muat-Turun Win32DiskImager. Sebaik sahaja selesai memasangnya, pengguna boleh menghubungkan ia ke skrin monitor dan mula menggunakan Raspberry Pi seperti komputer biasa.

 
Leave a comment

Posted by on December 28, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s