RSS

Blender – Perisian Animasi 3D

07 Jan

Blender merupakan salah sebuah perisian grafik 3D yang mengfokuskan penghasilan 3D visual seperti animasi 3D, visual arkitek 3D dan penghasilan kesan khas. Malah Blender juga mampu menghasilkan permainan video. Apa yang menarik mengenai Blender ialah ia mempunyai satu komuniti yang besar dalam membangunkan perisian. Kualiti Blender boleh dikatakan setanding dengan perisian-perisian 3D yang berbayar. Blender mula dibangunkan pada tahun 1993 oleh sebuah studio animasi iaitu Neo Geo dengan kerjasama Not a Number Technologies (NaN). Mereka telah bersetuju untuk meletakan Blender dibawah lesen GNU setelah NaN mengalami masalah kewangan. Setelah itu Blender telah dibangunkan dengan mendapat sumbangan dari komuniti, termasuk dari segi kewangan dan juga pengaturcaraan program. Untuk memudahkan pengurusannya, Blender Foundation ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk membangunan perisian Blender secara lebih meluas. Blender Foundation kini telah menghasil banyak filem pendek dengan kualiti yang baik. Perkara ini membuktikan kelebihan yang dibawakan oleh perisian sumber terbuka ini. Hasil kerja produksi yang dibuat dipaparkan secara percuma kepada umum dan setelah itu perjalanan setiap projek mereka diprodukkan untuk jualan yang merangkumi latihan dan juga proses penghasilan filem pendek. Selain itu, perisian Blender ini telah mula mendapat perhatian daripada pembangun industri animasi tempatan seperti Animagis Sdn Bhd dan juga Triple Q Sdn Bhd. Mereka telahpun berkongsi trailer dan teaser kepada umum, sekaligus memberikan idea apakah kemampuan yang boleh dibawakan oleh perisian ini. Kesimpulannya, perisian Blender ini sesuai digunakan oleh pembangun animasi yang mahukan penggunaan modal yang rendah tetapi mampu menghasilkan animasi yang berkualiti tanpa memikirkan pembaharuan lesen perisian untuk setiap tahun. Malahan perisian tersebut digunakan oleh ramai pengguna diserata dunia yang gemar berkongsi latihan dan juga tips penggunaan melalui video ataupun artikel. Terdapat juga beberapa forum dan laman sesawang yang boleh diakses secara percuma bagi tujuan pembelajaran mengenai perisian tersebut. Antara laman rujukan yang popular adalah Blender Cookie dan juga Blender Artist Community. Muat-Turun Perisian Blender.

 
Leave a comment

Posted by on January 7, 2014 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s