RSS

Lenovo Memperkenalkan Peranti Windows

07 Jan

Bersempena dengan CES 2014, pihak Lenovo telah memperkenalkan beberapa peranti baru mereka, termasuk komputer riba, tablet dan juga komputer 2-dalam-1. Antara yang menarik perhatian adalah Lenovo Yoga 2 dalam pilihan saiz 11-inci dan 13-inci, Miix 2 dalam pilihan 10-inci dan 11-inci, serta Flex 14D dan juga Flex 15D. Bercakap mengenai Lenovo Yoga, mungkin ramai telah mengenalinya sebagai komputer riba dengan skrin boleh dipusingkan untuk menjadikannya sebuah pemain media ataupun sebuah tablet. Melalui dua saiz pilihan yang diperkenalkan, pihak Lenovo membezakannya dengan spesifikasi. Lenovo Yoga 2 bersaiz 11-inci membawakan cip Intel Pentium empat-teras, memori 4GB RAM, ruangan storan 500GB HDD dan juga resolusi skrin sebesar 1366×768 pixel. Untuk versi 13-inci pula ia membawakan pilihan sehingga Intel Core i5, memori sehingga 8GB RAM, ruangan storan 500GB menggunakan sokongan hibrid, dan resolusi skrin sehingga 1920×1080 pixel. Selain Yoga 2, pihak Lenovo juga dengan tablet bersaiz 8-inci memfokuskan pengguna perusahaan, dinamakan sebagai ThinkPad 8. Membawakan cip pemprosesan Intel Atom Z3770, memori 2GB RAM, dan juga skrin dengan resolusi 1900×1200 pixel. Tablet ini ditawarkan dengan beberapa aksesori seperti papan kekunci untuk mengubahnya menjadi sebuah komputer kecil. Satu lagi keluarga tablet yang turut dikemaskini adalah Miix 2, dimana Lenovo menambah pilihan saiz 10-inci dan juga 11-inci. Kedua-duanya dijana menggunakan cip Intel Atom empat-teras, memori 2GB RAM, dan juga ruangan storan 128GB eMMC. Dari segi resolusi pula, ia dilengkapi dengan paparan sehingga 1900×1200 pixel. Dalam keluarga komputer riba dual-mode pula, Lenovo hadir dengan Flex 14D dan juga Flex 15D, dimana kedua-duanya dijana menggunakan cip pemprosesan AMD, resolusi skrin sehingga 1366×768 pixel, memori maksimum 8GB RAM, serta ruangan storan sehingga 500GB dan tambahan 8GB dalam bentuk SSD.

 
Leave a comment

Posted by on January 7, 2014 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s