RSS

Mengenali Network-Attached Storage – NAS

10 Jan

Teknologi storan semakin berkembang dari masa ke semasa. Bermula tahun 2010, teknologi ‘Network-Attached Storage’, atau secara ringkasnya NAS, menjadi semakin popular. Jika dahulu didalam sesuatu organisasi, untuk menyimpan fail di lokasi lain (biasanya lokasi berpusat, ataupun centralized location) memerlukan komputer khusus untuk menjadi server, namun dengan sistem NAS, pengguna tidak perlu mempunyai komputer khusus untuk melakukan perkara sebegitu. Teknologi NAS membolehkan pemacu cakera keras digunakan sebagai pelayan fail di dalam rangkaian intranet dan internet. Untuk tujuan penyimpanan dan perkongsian fail, semestinya sistem berasaskan NAS adalah lebih mudah dan ringkas. Malahan, fail yang disimpan didalam sistem NAS juga boleh diakses dimana-mana, termasuklah pada telefon pintar. Sekiranya anda meragui perkhidmatan Dropbox, Google Drive, iCloud berikutan anda tidak tahu di mana fail-fail tersebut diletakkan, dengan sistem NAS anda boleh mempunyai perkhidmatan tersebut di rumah anda sendiri. Sekiranya anda membeli sistem NAS untuk kegunaan peribadi, anda boleh menyimpan koleksi gambar, video, lagu, fail-fail yang penting serta berkongsi storan yang sama dengan keluarga anda. Dengan menggunakan NAS, penambahan cakera keras boleh dilakukan dengan mudah. September tahun lalu Western Digital telah menawarkan pemacu cakera keras yang menyokong storan NAS iaitu WD Red. Pemacu cakera keras ini menggunakan kuasa elektrik yang rendah. Ia turut menyertakan NASware 2.0 bagi melindungi data pengguna dari ancaman godaman serta gangguan bekalan tenaga elektrik. WD turut menyatakan bahawa pemacu cakera keras ini beroperasi dengan senyap dan mempunyai kadar ketahanan yang tinggi. Bagi setiap pembelian pemacu cakera keras WD Red, pihak Western Digital menawarkan perkhidmatan sokongan pelanggan melalui telefon 24 jam, dan jaminan terhad selama tiga tahun. WD Red didatangkan dalam dua variasi, iaitu pada saiz 2.5-inci dan juga 3.5-inci. WD Red versi 2.5-inci berharga RM349 untuk versi 1TB, sementara dengan storan 750GB berharga RM269. Versi 4TB bersaiz 3.5-inci pula berharga RM699, disamping turut menawarkan variasi 1TB, 2TB dan 3TB.

 
Leave a comment

Posted by on January 10, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s