RSS

Samsung Galaxy Note 3

16 Jan

Galaxy Note ialah peranti pertama yang memulakan kegilaan phablet di pasaran dunia. Pada awal kemunculannya ramai yang mengatakan peranti phablet hanyalah gimik dan penggunaan stylus tidak lagi relevan. Tetapi jelas sekali Note mempunyai pasarannya tersendiri dengan jualan mencecah 40 juta unit. Untuk generasi ketiga phablet ini, Samsung melakukan beberapa perubahan drastik bagi membuatkan rekaan Note 3 berbeza dari Note 2. Pertama sekali Note 3 kelihatan seperti Galaxy S2 yang dibesarkan dan tidak lagi mempunyai sisi bulat seperti Galaxy S3. Bahagian belakang Note 3 diperbuat daripada kulit lengkap dengan jahitan pada bahagian tepi yang membuatkan peranti ini sedap dipegang dan menyukarkan peranti tersebut tergelincir dari genggaman. Secara keseluruhan estetik baru yang digunakan pada Note 3 adalah jauh lebih baik dari mana-mana peranti Samsung Galaxy yang ada di pasaran sebelum ini. Kedudukan butang masih mengekalkan rekaan lama Samsung dimana butang home fizikal masih lagi dikekalkan dan dihimpit oleh butang kapasitif menu pada bahagian kiri dan butang kapasitif back pada bahagian kanan. Butang kuasa terletak pada bahagian kanan, butang suara pada bahagian kiri manakala port pengecas terletak pada bahagian bawah beserta pembesar suara mono. Note 3 menggunakan port USB 3.0 yang mampu memindah data yang lebih besar dan pantas.

Pada bahagian atas pula terdapat lubang jack fon kepala dan pemancar infra-red. Fungsi baru yang diperkenalkan oleh Samsung pada peranti ini boleh dilihat dengan melakukan tatalan dari bawah skrin ke atas. Secara automatik skrin My Magazine Samsung akan memenuhi ruang skrin Note 3. My Magazine adalah jawapan Samsung kepada HTC Blinkfeed. Antaramuka My Magazine kelihatan seperti gabungan HTC Blinkfeed dan Flipboard. Terdapat tiga skrin utama pada My Magazine iaitu berita, media sosial dan peribadi. Tiga skrin ini boleh diakses denga melakukan tatalan ke kiri atau ke kanan. Dari My Magazine anda boleh mengakses butang telefon, khidmat pesanan ringkas, emel, kamera, Google Now, pelayar Internet dan menu aplikasi. Untuk Note 3 fungsi baru “all screen use” diperkenalkan. Anda boleh mengubah saiz skrin mengikut kehendak anda dengan menekan skrin pensaizan manual. Fungsi lain adalah Air Command iaitu pintasan untuk 5 fungsi bagi S Finder, Action Memo, Scrap Booker, Screen Write dan Pen Window. S Finder memudahkan anda mencari semula nota, aplikasi, lakaran, emel ataupun gambar yang disimpan di dalam Note 3. Ia berfungsi seperti pencari fail yang ada pada PC. Action Memo berfungsi seperti sebuah stick note yang boleh membaca tulisan anda. Anda boleh melakukan carian Google, menyimpan nombor ke dalam telefon atau melancarkan aplikasi Waze untuk mendapatkan panduan tempat yang diinginkan.

Scrap Booker mengambil gambar bahagian skrin dengan menggunakan stylus. Gambar tersebut kemudian diletakkan di dalam aplikasi S Memo secara automatik untuk kegunaan anda. Screen Write pula mengambil keseluruhan paparan skrin dan kemudian membenarkan anda menulis di atas screenshot secara terus. Pen Window pula ialah aplikasi mini yang boleh dibuka dengan melukis segi empat tepat pada skrin Note 3. Stylus pada Note 3 kali ini lebih sensitif berbanding versi tahun lalu. Lakaran dapat dilakukan dengan lebih tepat.  Ianya stylus yang paling jitu dengan pelbagai fungsi dapat dilakukan untuk memudahkan urusan kerja dan melakukan pelbagai lakaran. Fungsi-fungsi inilah yang membuatkan Note 3 raja segala phablet buat masa ini. Kamera Note 3 dilengkapi 13MP pada bahagian belakang dengan flash dan 2MP pada bahagian hadapan. Kedua-dua kamera ini mampu mengambil video pada format HD penuh. Kamera utama Note 3 ini juga mempu mengambil video beresolusi 4K.  Video yang diambil mempunyai keperincian yang tinggi dan amat jelas. Note 3 mempunyai kesemua fungsi kamera yang diperkenalkan pada Galaxy S4. Note 3 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3200 mAh. Jangka hayat purata bateri apabila digunakan ialah sekitar 8 setengah jam. Pada penggunaan sederhana ia mencecah sehingga 13 jam. Prestasi bateri akan berkurangan sehingga 2 jam apabila Note 3 digunakan secara serentak dengan Galaxy Gear.

 
Leave a comment

Posted by on January 16, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s