RSS

Norton 360 2014 Multi-Device

16 Jan

Tahun demi tahun, landskap dunia pengkomputeran berubah secara drastik dimana virus tidak lagi menyerang pada komputer sahaja malah telefon pintar juga. Virus pada telefon pintar bukanlah sesuatu yang baru kerana pada zaman kegemilangan telefon Symbian, ia turut menjadi sasaran utama virus. Cuma pada waktu itu, telefon pintar tidak banyak disambungkan kepada internet dan sistem operasi Symbian ketika itu pun tidak didatangkan dengan aplikasi Store yang didedikasi khas didalamnya seperti mana Android dan iOS pada hari ini. Masalah utama pengguna pada hari ini cukup mudah, mereka perlu membeli perisian anti-virus untuk setiap platform. Di komputer lain, di telefon pintar lain. Kebanyakannya pengguna harini menggunakan komputer lebih dari satu komputer dan ini menyebabkan mereka terpaksa membeli langganan anti-virus secara berasingan. Norton 360 2014 Multi-Device dilihat mampu menangani permasalahan di atas kerana ia hadir dengan fungsi perlindungan sehingga 5 peranti. Ia hadir dengan beberapa fungsi asas Internet Security seperti perlindungan anti-virus, anti-spyware, anti-spam, dan perlindungan untuk pelayar web. Turut didatangkan kebolehan online backup yang dapat membantu membuat salinan data ke web. Ia memberi perlindungan bukan sahaja pada komputer malah turut memberi perlindungan pada peranti pintar iOS dan juga Android. Antaramuka Norton 360 mudah digunakan kerana ia dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu Security, Identity, Backup, dan Tuneup. Antaramuka sangat menarik, minimal dan menepati standard antaramuka masa kini. Turut hadir dengan fungsi real-time scanning yang mengenal pasti aktiviti-aktiviti malware di kesemua tempat yang berada dalam lokasi storan anda. Secara keseluruhannya Norton 360 Multi-Device menjanjikan perlindungan sekuriti yang berkesan pada nilai yang berpatutan. Tindakan Symantec menghadirkan Norton 360 dalam satu sut perlindungan multi-peranti adalah bijak kerana ia menjimatkan pengguna untuk membelanjakan set perisian anti-virus. Sistem perlindungannya yang efektif menjadikan Norton 360 salah satu perisian sekuriti yang dipercayai dan tidak hairanlah Norton masih terkenal sehingga hari ini. Sebuah perisian anti-virus yang sangat disyorkan untuk anda.

 
Leave a comment

Posted by on January 16, 2014 in Security

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s