RSS

Otterbox Armor iPhone 5

16 Jan

Telefon pintar pada masa sekarang telah menjadi satu peranti yang boleh diguna-pakai dalam semua keadaan, dan bukan sekadar sebagai peranti perhubungan. Selain membuat panggilan, ia juga digunakan sebagai permainan interaktif, kamera, diari, GPS malahan boleh juga digunakan untuk aktiviti riadah seperti bersenam, berlari, berbasikal dan sebagainya. Oleh kerana kegunaan telefon pintar yang pelbagai, ia juga turut terdedah kepada pelbagai bahaya seperti terjatuh semasa berbasikal mahupun terjatuh dari meja. Otterbox pada tahun lepas telah mengumumkan Otterbox Armor, salah sebuah pelindung tahan lasak untuk telefon pintar. Pelindung ini di datangkan dalam beberapa variasi warna. Saiznya agak tebal dan besar dan sekiranya diletakkan didalam poket seluar, poket anda akan membonjol sedikit – berbanding menggunakan pelindung telefon biasa. Namun ia berbaloi untuk perlindungan yang ditawarkan. Ketebalan Otterbox Armor kerana strukturnya yang keras untuk perlindungan yang diberikan. Terdiri dari dua bahagian di mana ia diselaputi dengan silika keras untuk menyerap hentakan. Di dalamnya juga terdapat rangka silika yang memastikan telefon tersebut berada pada tempat asal dan juga berfungsi sebagai penyerap hentakan. Turut tersedia adalah pelindung skrin telefon. Bahagian kedua pula merupakan penutup belakang yang turut dilengkapi silika lembut untuk menyerap hentakan dari belakang. Penutup belakang ini dikunci oleh klip bagi memastikan ianya ketat untuk mencegah debu dan juga air masuk kedalam. Perlindungan yang diberikan Otterbox Armor antaranya termasuk kalis air, debu, jatuh serta dikatakan tahan tekanan “sekuat” 2 tan. Sekiranya anda ingin mencari pelindung telefon pintar yang kukuh, lasak, dan kuat, maka Otterbox Armor seharusnya disenarai pendek dalam pilihan anda. Pada harga USD 99.95, perlindungan yang diberikan berbaloi dan ia terdapat dalam pelbagai warna dan tersedia untuk model Apple iPhone 5, iPhone 4/4S, serta Samsung Galaxy S3.

 
Leave a comment

Posted by on January 16, 2014 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s