RSS

Asus Transformer Book T100

24 Jan

Asus Transformer Book T100 hadir dengan rekaan hibrid yang dapat berfungsi sebagai tablet dan netbook apabila disambungkan pada papan kekuncinya. Bahagian tablet didatangkan dengan paparan 10.1-inci berteknologi IPS yang memberikan darjah pandangan yang sangat baik walaupun dilihat dari pelbagai sudut. Mempunyai paparan dengan resolusi 1366×768. Beberapa sambungan turut disediakan antaranya port sambungan 3.5 mm earphone jack dan juga sambungan micro HDMI yang membolehkan anda menyambungkan ia ke paparan monitor, TV atau projektor. Sekiranya anda gemar menggunakan tablet sahaja, ia turut hadir dengan sambungan microUSB yang boleh dijadikan sebagai sambungan USB apabila anda menyambungkan kabel USB On-the-Go padanya. Apa yang menarik mengenai peranti ini, sambungan microUSB turut bertindak sebagai sambungan pengecas dan perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin mengecas peranti ini dengan pengecas telefon pintar anda. Bahagian kekunci hadir dengan binaan logam pada bahagian atasnya disamping menghadirkan tekstur bergetah pada bahagian bawahnya.

Dilengkapi dengan storan eMMC sebanyak 32GB dengan jumlah storan tersedia 14.7GB. Turut menyokong storan microSD sehingga 64GB. Dijana menggunakan sistem operasi Windows 8.1 yang membolehkan anda memasang perisian .exe tanpa masalah. Ini bermakna anda boleh memasang aplikasi desktop seperti Google Chrome, VLC Player, Photoscape, dan Adobe Photoshop. Turut hadir dengan Microsoft Office Home and Student 2013 secara percuma. Peranti ini juga turut hadir dengan fungsi Reading Mode yang mengikut masa bacaan anda. Sekiranya anda membaca pada waktu malam atau di tempat yang gelap, anda boleh menukar kepada ‘night mode’ yang akan memberi keselesaan kepada mata anda. Peranti hibrid ini didatangkan dengan pemprosesan empat-teras Intel Atom Z3740 1.3GHz dan RAM sebanyak 2GB. Membuka dan menggunakan aplikasi utama dilihat sangat lancar dan pantas. Menggunakan Google Chrome dan menonton video 1080p pada laman Youtube juga tidak memberi sebarang masalah atau lengah masa dan Bay Trail berkerja sangat responsif dan cemerlang untuk tugasan harian.

Dari segi prestasi untuk permainan, hampir kesemua permainan daripada Windows Store tidak memberi masalah prestasi pada peranti ini. Permainan seperti Asphalt 8: Airbone dan Minion Rush berfungsi dengan lancar dan baik sekali. Kekuatan Intel Bay Trail selain menambah baik prestasi berbanding Atom generasi terdahulu, ia turut membawakan prestasi jangka hayat bateri yang lebih lama. Dengan melayari internet secara berterusan dilihat mampu bertahan sehingga 11 jam dengan kadar keterangan skrin sebanyak 40% lebih baik berbanding Microsoft Surface yang mencatat bacaan sekitar 7-8 jam pada Intel Core i5 (Haswell). Secara keseluruhannya Asus Transformer T100 merupakan salah satu peranti yang berbaloi untuk dimiliki kerana harganya yang berpatutan bagi sebuah peranti jenis hibrid. Atas saiznya yang mudah dibawa dan kemampuan baterinya yang mampu bertahan sehingga 11 jam lamanya, ia sebuah peranti yang menjanjikan pengalaman mobiliti yang terhebat untuk anda.

 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2014 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s