RSS

Motorola Moto G

24 Jan

Motorola Moto G diperkasakan dengan pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 400, 1 GB RAM, muatan dalaman 8/16 GB, kamera utama 5MP dengan flash dan kamera hadapan 1.3MP.  Skrin Moto G ialah skrin IPS LCD sebesar 4.5″ dengan resolusi 720p. Peranti ini tidak mempunyai sokongan NFC , kad MickroSD atapun 4G. Apakah yang anda perolehi apabila membeli peranti ini?  Di dalam kotak tersebut terdapat seunit Moto G, sebuah pengecas dan fon telinga. Fon telinga  ialah dari jenis fon telinga klasik dan bukannya jenis ear bud. Ia juga dilengkapi sebuah butang yang membolehkan anda menggunakan fon telinga ini sebagai kit bebas tangan. Tahniah kepada Motorola kerana telah mengembalikan semula fon telinga dengan kit bebas tangan terbina. Dari segi fizikal peranti ini mempunyai kemasan seperti candybar Nokia. Tiada sentuhan logam pada sisi dan menggunakan panel plastik berwarna seperti telefon Nokia 2330. Panel plastik ini boleh dibeli dalam 5 pilihan warna iaitu merah, cyan, putih, biru dan hijau. Terdapat juga kerangka penutup skrin hadapan untuk pengguna. Kerangka folio ini tidak mempunyai tetingkap yang membolehkan anda melihat skrin apabila tertutup. Butang kuasa dan suara terletak pada bahagian kanan dan kedua-dua butang ini juga diperbuat daripada plastik. Terdapat sebuah jack fon telinga pada bahagian atas dan port USB 2.0 pada bahagian bawah. Manakala pembesar suara pada bahagian belakang bersebelah lensa kamera. Moto G menggunakan sistem operasi Android 4.3 dengan customize yang minima daripada Motorola. Penambahan fungsi yang dilakukan sangatlah minima dan bolehlah dikatakan Moto G ialah sebuah peranti Google Play Edition.  Ketika artikel ini ditulis Motorola baru sahaja mengumumkan versi GPE Moto G yang akan dijual di Amerika Syarikat. Sekian sahaja ulasan pertama Motorola Moto G.

 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s