RSS

Perkhidmatan Penstriman Muzik – Baboom

24 Jan

Kim Dotcom pada tahun lepas telah memperkenalkan perkhidmatan storan awan mereka, dinamakan sebagai Mega. Kini, pengasasnya turut memperkenalkan sebuah lagi perkhidmatan baru yang memfokuskan kepada penstriman muzik, dikenali dengan nama Baboom. Perkhidmatan ini gabungan kepada perkhidmatan Spotify dan juga iTunes dalam satu. Ia membolehkan pengguna mengikuti artis kegemaran mereka, serta boleh memuat-turun kandungan atau mendengar muzik melaluinya.

baboom-03

Perkhidmatan Baboom ini juga dilihat akan mendekatkan lagi peminat dengan penerbit lagu dan artis. Dari kempen yang disediakan oleh Kim Dotcom, hadiah ganjaran sehingga $5000 disediakan untuk remix lagu, sementara hadiah sehingga $10,000 disediakan untuk muzik video terbaik daripada peminat. Sekiranya perkara ini diimplementasikan oleh pelbagai penyanyi lain melalui platform tersebut, tidak mustahil untuk kita lihat lebih ramai peminat menggunakannya disamping membawa budaya penghasilan kreatif dalam mencipta lagu. Buat masa ini, perkhidmatan ini masih lagi terhad. Tapi bagi yang berminat boleh melihat demo untuk halaman Kim Dotcom dan melihat bagaimanakah ia berfungsi secara keseluruhan. Layari : Baboom.

 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2014 in App, Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s