RSS

Xperia “Sirius” Bersama KitKat

24 Jan

Pada Mobile World Congress 2014 akan datang, salah satu peranti baru yang dijangka akan diperkenalkan adalah kemaskini Xperia Z1, dikenali dengan nama kod “Sirius”. Bakal dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat, serta beberapa fungsi baru dan salah satunya adalah fungsi yang terdapat pada Meego. Pengguna boleh mengaktifkan skrin mereka yang terpadam dengan hanya tap dua kali pada skrin, dan ia akan mengaktifkan skrin untuk pengguna menggunakannya. Fungsi ini telah sedia dibawakan pada Xperia Tablet Z, dan kini dilihat akan dibawakan ke telefon pintar Sony. Sokongan rakaman video dalam 4K juga turut disertakan pada peranti Sony yang baru ini. Anda tidak lagi perlukan Voicemail, memandangkan peranti Xperia “Sirius” ini akan turut hadir dengan fungsi mesin penjawab panggilan secara automatik. Pengguna boleh menetapkan ucapan dan mesej, dan menetapkan apa yang akan dibaca. Antara perkara lain yang turut disertakan pada Xperia “Sirius” adalah termasuk dua paparan antaramuka, iaitu Simple Home dan juga Xperia Home. Xperia Home merupakan paparan seperti biasa, sementara Simple Home adalah lebih ditujukan kepada pengguna baru dan berusia untuk memudahkan mereka menggunakan peranti mereka. Paparan tulisan turut dibesarkan apabila menggunakan Simple Home. Aplikasi baru dinamakan “Whats New” turut disertakan, dimana boleh diakses dengan swipe ke atas seperti yang digunakan ketika mengakses Google Now. Beberapa yang lain termasuk akses ke Quick Settings pada menu notifikasi, aplikasi Touch Block dan juga aplikasi Garmin Navigon serta hadir dengan speaker stereo dan juga enjin S-Force. Dengan pelbagai fungsi ini, semestinya ramai peminat Sony tidak sabar menantikan telefon pintar baru tersebut.

 
Leave a comment

Posted by on January 24, 2014 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s