RSS

Immersion : Set Biometrik

25 Jan

Masalah kemarahan ketika bermain permainan komputer dikenali sebagai gamer rage oleh pengkaji psikologi.  Ianya tidak lagi dipandang rendah kerana sudah terdapat beberapa kes yang melibatkan kematian apabila kemarahan ketika bermain games terbawa-bawa ke dunia sebenar. Di China sebagai contoh ada kes pemain DotA ditikam sehingga mati oleh pihak lawan yang tidak berpuas hati. Di Malaysia September lalu seorang bapa menghempas anak berusia 6 tahun juga akibat permainan atas talian. Dengan itu, seorang pembangun telah membangunkan Immersion untuk mengatasi masalah tersebut. Ia ialah set biometrik yang dipakai pada bahagian kepala bagi melatih pemain permainan video untuk mengawal kemarahan mereka. Pereka Immersion, Sam Matson berkata alat ini berfungsi dengan membaca tahap degupan jantung pemakainya. Alat ini akan mengesan jantung dan membaca aliran darah yang mengalir pada cuping telinga. Apabila ia mengesan pemakai sedang marah ia akan menaikkan kesukaran permainan yang sedang dimainkan. Secara teorinya jika anda mampu mengawal kemarahan permainan akan menjadi lebih mudah. Sam mendapat idea untuk mereka set kepala ini setelah melihat adik beliau kerap mengamuk ketika bermain Call of Duty. Prestasi permainan si adik menurun berkadar terus dengan tahap kemarahan beliau. Hanya selepas beliau bertenang prestasi permainan beliau kembali normal. Sam berharap teknologi Immersion boleh digunakan sekali dengan set kepala Oculus Rift di masa hadapan bagi memberikan pengalaman permainan video yang lebih mengasyikkan. Teknologi ini juga menurut beliau boleh digunakan pada mereka yang mengambil ujian lesen kereta bagi melihat tahap tekanan mereka ketika memandu.

 
Leave a comment

Posted by on January 25, 2014 in Gadjet, Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s