RSS

Kurio 4S Touch : Telefon Pintar Untuk Si Kecil

25 Jan

Telefon pintar kini bukan sahaja mainan untuk orang dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak. Anak yang baru berusia empat tahun pun sudah pandai memuat turun dan bermain aplikasi di dalam peranti milik ibu bapa mereka. Di pasaran sudah ada beberapa peranti pintar yang direka khas untuk kanak-kanak. Beberapa pengeluar telefon pintar seperti HTC memasukkan fungsi mesra kanak-kanak iaitu HTC KidMode bagi mengawal akses si kecil apabila menggunakan peranti ibu bapa mereka. Samsung pula mengeluarkan Samsung Tab 3 Kids dengan antaramuka yang direka untuk kanak-kanak pra sekolah. Kurios 4S Touch keluaran Kurio, sebuah syarikat yang berpengkalan di Perancis telah mengeluarkan sebuah lagi peranti untuk golongan kanak-kanak dimana ebelum ini mereka telah mengeluarkan Tablet Kurio 7X untuk kanak-kanak. Jadi apakah kelebihan Kurio 4S berbanding pesaingnya di pasaran ? Telefon pintar ini direka dengan rekaan kontemporari. Mereka mendapati kanak-kanak lebih gemar menggunakan peranti yang kelihatan seperti peranti milik orang dewasa. 4S Touch ialah sebuah peranti yang diperkasakan dengan pemproses dua teras Cortex A20, 1 GB RAM, kamera utama 2.1 MP, storan dalaman 8 GB dan skrin sebesar 3.9″. Mempunyai aplikasi Kurio Genius yang mempunyai pengkalan data dari 450 laman sesawang. Telefon ini juga dilengkapi sistem kawalan aplikasi, masa penggunaan , penjejak GPS dan akses secara jauh oleh ibu bapa dengan menggunakan peranti lain. Selain itu, Kurios 4S Touch juga mempunyai sistem kecemasan dimana sekiranya anak anda diculik, butang kuasa boleh ditekan beberapa kali bagi mengaktifkan sistem SOS yang menghantar mesej dan lokasi kepada ibu bapa. Telefon pintar ini akan memasuki pasaran Amerika pada musim panas ini.

 
Leave a comment

Posted by on January 25, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s