RSS

Mencipta Sistem NAS Anda

25 Jan

Perlu diingatkan, untuk memastikan sistem anda berfungsi dengan baik, sistem NAS memerlukan anda untuk menggunakan pemacu cakera keras yang bersesuaian, iaitu WD Red dan juga WD Se. Sekiranya anda menggunakan pemacu cakera keras berlainan sebagai contoh WD Blue yang dikhususkan untuk pengguna komputer tahap asas, berkemungkinan cakera keras itu tidak boleh berfungsi untuk menyimpan data anda didalam sistem NAS. Pemacu cakera keras tertentu yang patuh format NAS mempunyai format serta optimasinya sendiri yang membezakannya dengan pemacu cakera keras biasa. Untuk makluman, pemacu cakera keras WD Red didatangkan pada dua saiz, iaitu pada saiz sebesar 3.5 inci dan juga 2.5 inci. Untuk saiz 2.5 inci, dua kapasiti tersedia iaitu 750GB dan juga 1TB. Untuk saiz 3.5 inci, terdapat empat kapasiti tersedia iaitu 1TB, 2TB, 3TB dan 4TB. Pemilihan saiz WD Red bergantung kepada peranti NAS yang anda pilih, dan ia didatangkan dalam banyak variasi.

Meskipun dengan variasi yang berbeza, kesemuanya turut disertakan dengan teknologi NASware 2.0. Oleh kerana sistem NAS bukanlah peranti storan thumbdrive yang murah, perlu wujud perancangan untuk memastikan pelaburan untuk sistem NAS ini. Antara faktor yang perlu difikirkan adalah,  kapasiti storan anda sendiri. Adakah anda seorang yang banyak menyimpan gambar dan video atau ingin menyimpan fail untuk jangka masa lama ? Sekiranya sistem NAS ini untuk kegunaan syarikat, berapa besarkah kapasiti untuk setiap pekerja, atau untuk setiap fail ? Sekiranya sistem NAS anda untuk tujuan pengeditan video, maka berapa lajukah peranti NAS tersebut untuk penghantaran dan penerimaan data ? Sekiranya anda seorang yang senantiasa bekerja di mana sahaja, adakah sistem NAS yang diinginkan anda menyokong akses secara masa-nyata untuk fail yang tersimpan ? Adakah sistem NAS yang diinginkan membuat duplikasi RAID secara automatik ? Adakah sistem NAS tersebut mempunyai banyak aplikasi tersedia ?

Adakah sistem NAS tersebut boleh ditambah kapasitinya pada kemudian hari ? Sekiranya anda seorang pengguna peribadi tanpa banyak foto dan video, berkemungkinan sistem NAS sebesar 2TB mencukupi. Sekiranya anda menguruskan syarikat kecil dengan 5 pekerja, mungkin 4TB mencukupi. Sekiranya anda mempunyai syarikat produksi kecil, mungkin sistem NAS pilihan anda adalah yang boleh dinaiktaraf dan berapa bilangan ‘bay‘ yang diperlukan. Sekiranya anda seorang yang selalu bekerja merata-rata, maka sistem NAS dengan kebolehan akses masa-nyata sudah tentu menjadi pilihan utama. Terdapat banyak variasi sistem NAS yang tersedia di pasaran. Setelah menimbang beberapa perkara diatas, antara jenama yang sesuai digunakan dengan WD Red adalah Asustor, Synology, D-Link, QNAP, Drobo, Promise, Fujitsu dan sebagainya. Setiap satunya juga mempunyai variasi yang berlainan. Antara variasi termasuklah bilangan ‘bay‘ yang boleh digunakan dan perisian yang tersedia untuknya

 
Leave a comment

Posted by on January 25, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s