RSS

Sony PlayStation 4

25 Jan

Semasa memulakan PS4 buat kali pertama, anda perlu memuat-turun kemaskini terbaru perisian untuk membolehkannya beroperasi. Selesai penetapan kali pertama, menu terbaru dinamakan PlayStation Dynamic Menu muncul, menggantikan XMB yang biasa buat pengguna PSP dan PS3. Pengguna perlu mendaftar akaun PlayStation Network (PSN) dan boleh mengintegrasikannya bersama-sama akaun Facebook & Twitter. Fungsi sosial merupakan satu perkara utama di dalam PS4 ini. Selain berkongsi gambar permainan anda, anda juga boleh merekod sehingga 15 minit video rakaman anda bermain. PS4 boleh diletak dalam kedudukan mendatar atau menegak mengikut keselesaan pengguna. Terdapat juga perbezaan harga antara versi pembelian melalui muat-turun dan juga pembelian di kedai. Anda boleh survey harga pada kedua-duanya. Terdapat juga permainan percuma seperti Pinball, DC Universe Online, Blacklight Retribution dan juga WarFrame. Harga permainan bermula sekitar RM19 (Flow) hingga semahal RM230 (Need For Speed Rivals). Mempunyai PlayStation Plus yang merujuk keahlian secara langganan. Pemain boleh melanggan keahlian tersebut sama ada setiap bulan (RM21), 3 bulan (RM43), atau setahun (RM129). Dengan keahlian tersebut, pemain akan menerima permainan percuma, demo permainan serta kandungan interaktif selagi mana tempoh keahlian sah. Dan permainan yang diterima melalui keahlian juga hanya boleh dimainkan selagi tempoh keahlian sah. Fungsi START pada PS4 telah ditukar kepada OPTION, dan membolehkan lebih banyak pilihan dilakukan. Touchpad yang diletakkan di atas pula mempunyai ruang yang cukup dan boleh ditekan, sekaligus menambah input butang pada DualShock 4. Sekiranya anda membeli DualShock kedua, kabel mikro-USB tidak disediakan Berkenaan pembesar suara pada DualShock 4, kegunaannya juga terhad buat masa ini. Di dalam permainan WarFrame dan Resogun, ia digunakan untuk membantu pemain untuk memberi arahan serta amaran. PS4 mempunyai cip pemprosesan kedua yang bertanggungjawab melakukan kesemua perkara tersebut. PS4 boleh merakam keseluruhan tempoh permainan anda sehinggalah anda menekan butang SHARE. Sejurus anda menekan butang SHARE, apa yang PS4 lakukan adalah seperti berikut : Mengambil detik tersebut dalam format gambar, dan sedia untuk dimuat-naik. Memberi pilihan sekiranya pemain ingin menyiarkan permainan mereka secara langsung ataupun tidak. Anda boleh meneruskan permainan anda sambil cip pemprosesan kedua memuat-naik perkongsian anda keatas talian. Video yang dimuat-naik akan diterbitkan di halaman Facebook pemain dan pemain juga boleh memilih tahap privasi yang diinginkan. Kualiti video yang dimuatnaik pula 80% menyamai kualiti permainan yang dimainkan.

 
Leave a comment

Posted by on January 25, 2014 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s