RSS

Alcatel One Touch Hero

30 Jan

Pada thun lalu sebanyak 20 juta phablet dijual dan menjelang 2018, 130 juta dijangka dijual setiap tahun. Kenaikan jumlah jualan phablet dipacu trend di mana pengguna semakin gemar menggunakan aplikasi permainan yang lebih selesa digunakan pada peranti berskrin besar. Jadi tidak mengejutkan apabila Apple ingin menghasilkan phablet pertama mereka tahun ini. Sementara itu, Apple masih cuba bereksperimentasi dengan saiz peranti baru tersebut. Dengan perkembangan ini, Alcatel mengeluarkan One Touch Hero. Phablet dengan skrin LCD 6″ lengkap dengan stylus ini diperlihatkan kepada umum pada September lalu. Diperkasakan dengan pemproses 1.5 GHz empat teras Mediatek, 2 GB RAM, storan dalaman 8 GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 32 GB, kamera utama 13 MP dan beteri berkapasiti 3200 mAh. Di atas kertas spesifikasi Hero tidak banyak bezanya dengan Galaxy Note 3 dan Asus Fonepad Note FHD 6. Penutup LED mangnetik disertakan sekali di dalam kotak dengan setiap pembelian. Penutup ini bercantum dengan bahagian belakang peranti seperti papan kekunci Microsoft Surface. Panel penutup juga magnetik dan akan melakukan proses nyahkunci peranti secara automatik apabila dibuka. Magnet yang digunakan agak kuat dan panel penutup tidak mudah terbuka walaupun apabila peranti digoncang. Panel LED terbina pula mampu memaparkan masa, jumlah cas bateri, notifikasi SMS, notifikasi panggilan terlepas dan juga visualisasi equaliser bunyi apabila muzik dimainkan. Ia adalah fungsi yang agak unik bagi sebuah penutup peranti. Pada asalnya Hero sepatutnya disertakan dengan penutup berskrin e-ink. Difahamkan oleh pihak Alcatel, penutup Hero tersebut telah digantikan dengan penutup LED kerana teknologi penutup e-ink ini masih lagi di dalam proses pembangunan. Sebuah lagi aksesori unik Alcatel One Touch Hero ialah Sidekick. Ia adalah sebuah telefon mini yang disambung menggunakan Bluetooth. Fungsinya sebagai telefon tanpa wayar yang boleh digunakan sekiranya anda tidak mahu menggunakan Hero untuk menjawab telefon. Sidekick juga boleh digunakan untuk membaca sms. Alcatel One Touch Hero menggunakan antaramuka yang sama pada Idol X. Sebanyak 5 ikon aplikasi boleh disusun secara mendatar pada skrin berbanding 4 pada Idol X. Kesemua ikon dan paparan antaramuka mempunyai rekaan minimalis dengan sentuhan warna pastel. Secara keseluruhan kelajuan tatalan dan pelancaran aplikasi adalah pantas dan lancar.

 
Leave a comment

Posted by on January 30, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s