RSS

Dell Malaysia : Trend ICT Pada 2014

30 Jan

Hampir sebulan berlalu untuk tahun 2014. Dan dalam sebulan ini jugalah banyak pengumuman mengenai teknologi baru diumumkan. Dunia teknologi pada tahun ini semestinya akan bertambah rancak dengan kepelbagaian peranti, serta kebolehupayaan pengilang serta syarikat elektronik menghasilkan teknologi baru hasil daripada program kajian mereka. Pada minggu lepas pihak Dell Malaysia telah berkongsi mengenai 5 trend yang dijangka akan hangat pada tahun ini. Sekiranya anda biasa dengan perkhidmatan berasaskan awan, pasti salah satu perkara yang diutamakan adalah kapasiti storan. Kapasiti storan merupakan tarikan paling utama apabila pengguna ingin mendaftar storan awan, namun terdapat pelbagai syarat serta terma yang ditetapkan, contohnya kapasiti 50GB yang disediakan hanya sah untuk tahun pertama langganan. Hal ini sudah tentu menjadi masalah. Ataupun khidmat storan percuma tidak menyediakan fungsi salinan pelbagai versi (versioning). Pihak Dell menyatakan teknologi awan sekarang sudah mencapai tahap matang, namun banyak syarikat pengeluar baru menyedarinya dan perlunya mereka mempunyai strategi implementasi untuk teknologi awan. Adakah perkhidmatan mereka seharusnya dihoskan oleh server awam ? Atau perlu berbelanja untuk mendapatkan server yang khusus.

Semestinya ia menimbulkan persoalan buat teknologi awan namun cabaran ini dilihat dapat mematangkan syarikat dalam mengadaptasi teknologi tersebut untuk urusan seharian. Mungkin ramai yang biasa mendengar akronim BYOD, Bring Your Own Device, yang membolehkan pekerja menggunakan peranti mereka untuk melengkapkan kerja mereka. Istilah ini juga digunakan oleh syarikat yang mempunyai pekerja yang lebih selesa menggunakan komputer bimbit mereka berbanding komputer syarikat. Menurut Dell, trend ini bakal digantikan dengan Choose Your Own Device atau singkatannya CYOD. CYOD adalah tawaran dari syarikat terhadap pekerja untuk peranti yang mereka inginkan. Melalui trend sebegini, syarikat akan mempunyai pelbagai peranti yang menepati kriteria yang mereka inginkan, dan memberikan pilihan kepada pekerja untuk memilih peranti yang akan digunakan untuk urusan kerja. Sekiranya melalui BYOD, syarikat mungkin mempunyai masalah untuk memasang aplikasi tertentu, konsep CYOD sudah tentu melenyapkan permasalahan sebegini disamping membantu integrasi antara setiap peranti milik syarikat. Berbanding dahulu, maklumat serta minat pengguna sekarang boleh diketahui dan difahami dengan lebih mudah kerana media sosial telah memainkan peranannya dalam menghubungkan pengguna dan syarikat.

Maklumbalas yang diterima pantas, disamping membantu syarikat mencari sasaran pengguna dengan mudah. Hal ini merupakan perkara yang tidak boleh dipandang enteng kerana media sosial merupakan salah satu medium perhubungan antara syarikat dan pelanggan. Data merupakan emas pada zaman ini. Dengan banyaknya data tersedia, keupayaan mesin untuk menganalisa dan pemprosesan data merupakan cabaran tertinggi. Dan biasanya modal yang diperlukan untuk sesuatu mesin penganalisa data yang pantas adalah tinggi dan diluar kemampuan syarikat. Oleh kerana semakin banyak teknologi baru yang muncul, proses untuk menganalisis data juga menjadi semakin murah dan mudah. Apabila teknologi sebegini menjadi murah dan mudah, syarikat kecil juga boleh menganalisis prestasi mereka dan sekaligus membantu perniagaan mereka. Dahulu di dalam sesuatu organisasi, sekuriti boleh dikatakan sebagai sesuatu komponen yang penting namun diletakkan berasingan dengan bahagian lain. Sekuriti pada zaman kini, risikonya semakin besar, isu sekuriti perlu menjadi satu bahagian terpenting malahan merangkumi pada semua tahap dan aspek. Sekuriti perlu meliputi kesemua fungsi yang disediakan syarikat dan memastikan kesemua data selamat, tanpa mengira data tersebut di rangkaian, pada teknologi awan, mahupun data pada peranti kepunyaan pelanggan.

 
Leave a comment

Posted by on January 30, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s