RSS

Sennheiser Memperkenalkan Variasi Earphone

30 Jan

Bersempena dengan pembukaan kedai baru mereka di Bangsar Shopping Centre, Sennheiser Asia telah melancarkan produk headphone mereka didalam dua variasi. Sennheiser Momentum On-Ear merupakan headphone yang hadir dengan rekaan rangka aluminium dan kemasan fabrik yang dipanggil Alcantara. Fabriknya amat lembut dan selesa dan sesuai buat mereka yang memakainya untuk jangka-masa lama. Kualiti bunyinya juga jelas dan remote pada headphone yang disediakan juga boleh berfungsi dengan telefon pintar untuk mengawal lagu, tahap bunyi, serta membuat kawalan suara untuk Siri pada iPhone 5. Headphone ini didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun dengan pilihan warna merah jambu, biru, hijau, ivory, merah, coklat dan juga hitam. Sebuah bekas khas untuk headphone ini turut ditawarkan. Membezakan Momentum On-Ear dan Momentum (tanpa On-Ear) adalah perbezaan dari segi fabrik dan juga, saiz corong telinga. Headphone ini dijual pada harga RM 829 di Malaysia. Headphone Momentum ini pula meskipun tampak sama dengan variasi On-Ear (mempunyai rangka aluminium) – membezakannya ia membawakan kemasan kulit, sekaligus mampu menahan lembapan peluh serta kalis air. Pad telinganya juga dikemaskan dengan material kulit lembut. Corong telinganya pula lebih besar dan boleh menutup keseluruhan telinga anda untuk memastikan tiada bunyi luar menggangu bunyi audio yang ada sedang dengarkan. Satu lagi perbezaan ketara adalah pada jack penyambungan headphone ini kepada soket headphone yang boleh dipusingkan. Mungkin ini bukanlah satu keperluan yang penting tetapi ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan serta rintangan terhadap hujung jack tersebut. Momentum ini dijual pada harga RM 1429 dan didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun. Sennheiser Momentum ini pula ditawarkan dalam pilihan warna hitam, coklat, dan ivory.

 
Leave a comment

Posted by on January 30, 2014 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s