RSS

Fungsi Yang Tidak Digunakan Pada Android

06 Feb

Pada hari ini, boleh dikatakan majoriti pengguna di Malaysia menggunakan peranti berasaskan Android. Android digunakan pada peranti keluarga Samsung Galaxy, Sony Xperia, HTC dan pelbagai peranti dari syarikat lain termasuk Huawei, Alcatel, Motorola, Lenovo dan sebagainya. Namun, boleh dikatakan ramai pengguna tidak menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang ditawarkan pada peranti Android mereka. Berikut merupakan antara fungsi menarik yang terdapat pada peranti Android, dan boleh digunakan oleh anda. Peranti yang menggunakan Android 3.1 dan terkini hadir dengan sokongan kabel OTG. Jadi, apakah itu kabel OTG ? Kabel OTG merupakan kabel yang hadir dengan sambungan mikro-USB dan perumah USB. Pngguna boleh menghubungkan mikro-USB ke peranti Android mereka, dan kemudiannya menghubungkan peranti USB lain menggunakan penyambung perumah USB yang disediakan. Kabel OTG ini dijual pada harga RM10 atau lebih murah daripada itu. Antara fungsi utama yang boleh digunakan menggunakan kabel OTG adalah termasuk untuk sambungkan storan USB (PenDrive, thumbdrive dan sebagainya). Salah satu fungsi menarik pada Android yang kurang ditekankan oleh pengeluar peranti adalah Google Now. Google Now boleh dikatakan sebagai pembantu peribadi maya anda. Pengguna boleh mengawalnya menggunakan arahan suara dan mendapat maklumbalas dengan lebih pantas berbanding perkhidmatan seumpamanya yang lain. Selain daripada sokongan tersebut, pengguna boleh menetapkan beberapa perkara seperti lokasi tempat kerja, lokasi tempat tinggal, pasukan sukan kegemaran dan sebagainya, serta mendapat notifikasi berkenaan dengannya serta-merta. Google turut memberikan kemudahan untuk memasang aplikasi terus daripada web ke peranti mudah-alih anda. Pengguna hanya perlu ke halaman Google Play Store, memilih aplikasi yang berkenaan, dan menekan butang “Pasang” pada ruangan yang disediakan. Sokongan Bahasa Malaysia Bermula Android 4.0 dan pihak Google telah menyertakan sokongan input suara dalam bahasa Malaysia. Ia dilihat berfungsi hampir 75% tanpa sebarang masalah. Untuk mengubahnya, pengguna hanya perlu mengubah pilihan bahasa dictation kepada Bahasa Malaysia. Salah satu fungsi baru yang diperkenalkan Google pada tahun lepas adalah Android Device Manager. Pengguna boleh mengetahui lokasi semasa peranti mereka, disamping boleh membuat beberapa kawalan seperti mengeluarkan bunyi peranti (sekiranya tidak mengetahui lokasi ia diletak), ataupun memadam data pada peranti berkenaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang fungsi-fungsi menarik lain, jangan lupa kongsikan ia bersama kami melalui ruangan komen dibawah.

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2014 in App, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s