RSS

Hello SMS – Aplikasi SMS Android

06 Feb

Pada Android, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan untuk menguruskan mesej SMS. Salah satu aplikasi SMS yang di cuba baru-baru ini adalah Hello SMS. Mempunyai antaramuka yang amat mudah untuk difahami, dan fokus sepenuhnya pada SMS. Salah satu kelebihan yang ada pada Hello SMS adalah ia membawakan sokongan tab, membolehkan pengguna melihat senarai penghantar dan penerima SMS pada bahagian kiri, dan mesej pada bahagian kanan. Pengguna boleh melihat nama penuh penghantar dengan swipe ke kanan, ataupun melihat mesej dengan memilih sebarang nama (atau nombor) atau dengan swipe ke bahagian kiri. Tidak mengalami sebarang lengah masa, dan berfungsi dengan pantas seperti biasa. Sebuah tanda “+” terletak pada bahagian atas senarai nama untuk membolehkan pengguna menghantar SMS dengan mudah kepada rakan-rakan mereka ataupun ke sesuatu nombor. Pada bahagian nama (apabila mesej dibuka), pengguna boleh mengakses ke buku alamat, atau membuat panggilan dengan hanya tap pada bahagian nama berkenaan, ataupun memilih ikon “tong sampah” untuk memadam mesej berkenaan. Hello SMS turut menyertakan sebuah ikon kamera, untuk memudahkan pengguna menghantar MMS kepada rakan mereka. Bagi yang inginkan sesuatu yang berbeza untuk menghantar dan menerima mesej, boleh mencubanya hari ini. Muat-Turun Hello SMS untuk Android.

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2014 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s