RSS

Perlu Ker Bateri Handphone Charge 8 Jam ?

06 Feb

Pek bateri di dalam peranti biasanya telah pre-charged di kilang untuk tujuan diagnostik. Malah, kebiasaannya kedai penjual pun akan caj lagi supaya bakal pembeli boleh demo peranti. Untuk pek bateri yang bukan terbina dalam pula (removable), pembuatnya tetap akan pre-charge bateri tersebut. Hal ini adalah untuk mengelak “deep discharge”. Apabila lithium-based rechargable cell mencapai tahap caj tertentu, ia tidak lagi boleh dicaj seperti biasa. Sebab tu juga disarankan untuk terus caj kalau dah muncul battery low. Pembuatnya juga tidak mempunyai ahli nujum untuk memastikan tarikh setiap bateri akan sampai ke tangan pengguna. Bateri akan terus discharge, walaupun tidak digunakan. Jadi bagi mengelak dari cajnya jatuh sehingga bawah paras “deep discharge” (e.g. voltage terlalu rendah), mereka akan precharge nya ample enough sehingga boleh mencapai “shelf-life” nya. Sebab tu juga kita tak disarankan simpan bateri/peranti dalam keadaan bateri “low” mahupun “0″. Dan sesetengah IC pada pek bateri akan disable terus bateri bagi tujuan keselamatan. Bagi menjawab pertanyaan, pendapat “caj 8 jam” ni adalah apa yang disarankan untuk bateri NiCd bagi menewaskan “memory effect”. Jadi ia tak perlu pada pek bateri moden. Namun, bateri berasaskan litium juga memerlukan penjagaannya sendiri. Yang paling anda perlu ingat, jangan selalu bagi dia kosong. Dan jangan simpan lama2 kalau kosong. Btw, ini teori alternatif. Sesetengah pembuat peranti masih menyarankan caj lama2 buat penggunaan pertama kali. Hal ini demikian kerana biasanya peranti baru memerlukan firmware update. Buat sesetengah kes, ia memakan masa yang lama dan akan but semula beberapa kali. Loss of power ketika update adalah katastrofik. Sebab tu kebanyakan peranti tak bagi update kalau ia dibawah paras 50%

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s