RSS

Raspberry Pi – Televisyen Ke Center XBMC

06 Feb

Komputer bersaiz mini ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, dan salah satunya adalah untuk menggunakan ia sebagai pusat media yang diuruskan melalui penggunaan XBMC. Ia membolehkan pengguna menguruskan pelbagai fail media digital mereka, termasuk daripada lagu, filem, gambar dan sebagainya. Terdapat beberapa perisian yang membawakan sokongan XBMC kepada Raspberry Pi, dan salah satu yang popular adalah Raspbmc. Ia bersaiz mini – sekitar 70MB, dan membawakan pelbagai sokongan menarik, termasuk cara pemasangan yang amat mudah, sokongan memainkan video 1080p, kebolehan berkongsi kandungan daripada PC, serta membolehkan anda memainkan kandungan daripada peranti iOS menggunakan AirPlay. Untuk menggunakan Raspbmc, pengguna diberikan dua pilihan, sama ada memuat-turun fail pemasangan terus ataupun fail pemasangan berbentuk IMG yang boleh dipasang menggunakan Win32DiskImager. Untuk memudahkan pengguna, pilih dengan memuat-turun fail pemasangan berbentuk IMG, dan kemudiannya memasang ia secara manual pada kad-SD. Namun, bagi pengguna yang mempunyai sambungan internet laju, mereka boleh memuat-turun fail pemasangan terus – sekitar 200kb – dan kemudiannya ia akan memuat-turun fail yang diperlukan secara automatik. Muat-Turun Raspbmc. Sebaik sahaja selesai memasangnya pada kad-SD anda, anda boleh menghubungkan ia kepada Raspberry Pi kemudian memasang ia kepada televisyen atau skrin monitor anda. Untuk permulaan, ia akan memerlukan anda memuat-turun kemaskini sistem fail, yang mengambil sedikit masa sebelum selesai sepenuhnya. Setelah selesai sepenuhnya, pengguna akan melalui beberapa skrin tetapan, dan seterusnya boleh menggunakan ia dengan menghubungkan USB, atau memainkan fail media menggunakan AirPlay dan sebagainya. Untuk menambah pengalaman penggunaan, pengguna turut boleh memasang add-on pada pemasangan Raspbmc untuk menjadikan penggunaan Media Center lebih menarik lagi.

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2014 in Computer

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s