RSS

OPPO Memasuki Pasaran Malaysia

19 Feb

OPPO hari ini secara rasminya telah mengumumkan kemasukkan mereka ke pasaran Malaysia dan Singapura,. Menjadi fokus utama mereka adalah OPPO N1, yang membawakan sokongan CyanogenMod. Dilengkapi cip empat-teras 1.7GHz, skrin bersaiz 5.9-inci dengan sokongan 1080p, kamera 13MP, 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Mempunyai sokongan O-Touch – panel sensentuh pada bahagian belakang yang membolehkan pengguna mengawal peranti dengan mudah menggunakan sebelah tangan sahaja. Selain itu, peranti ini juga membawakan sokongan kamera yang boleh dipusingkan ke hadapan dan belakang. Pihak OPPO mengatakan kamera tersebut boleh dipusingkan lebih daripada 100,000 kali – dimana secara purata ia boleh dipusingkan lebih 40 kali sehari selama 7 tahun. OPPO N1 akan dijual pada harga RM1798. Selain OPPO N1, pihak OPPO turut memperkenalkan peranti lain seperti OPPO Find 5 MIni, OPPO R1 dan juga OPPO Neo. OPPO Find 5 Mini membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 960×540 pixel, cip empat-teras 1.3GHz, 1GB RAM, ruangan storan 4GB dan juga bateri berkapasiti 2000mAh. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera 8MP f/2.0 pada bahagian belakang, dan kamera 2MP pada bahagian hadapan. OPPO R1 pula menawarkan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan 1.3GHz, 1GB RAM, kamera belakang 8MP dan juga kamera hadpan 5MP. Dan akhir sekali, OPPO Neo pula telefon pintar dengan skrin bersaiz 4.5-inci, skrin beresolusi 854×480 pixel, cip pemprosesan 1.3GHz, 512MB RAM, kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 2MP. OPPO Neo juga turut menyertakan sokongan dwi-SIM. Ketiga-tiga telefon ini hadir dengan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dan antaramuka Color OS, sementara OPPO N1 hadir dengan Color OS dan sokongan rasmi daripada CyanogenMod. Untuk Color OS, ia memfokuskan kepada sokongan gesture, memudahkan pengguna membuat akses pantas menggunakan gerakan jari pada skrin. Pihak OPPO juga akan menyediakan pusat khidmat pelanggan di sembilan lokasi di Malaysia, iaitu KL, Ipoh, Melaka, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuantan, Johor Bahru, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Harga bagi peranti OPPO Neo ialah RM598, OPPO R1 RM1298 dan OPPO Find 5 Mini RM998.

 
Leave a comment

Posted by on February 19, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s