RSS

Asus FonePad Note FHD 6

21 Feb

FonePad Note ialah siri phablet yang diperkembangkan dari tablet FonePad yang dikeluarkan tahun lalu. Dilengkapi dengan stylus dan mempunyai skrin 6″ HD Penuh. Mempunyai kamera 1.2 MP pada bahagian hadapan beserta 2 pembesar suara stereo. FonePad Note tidak mempunyai butang fizikal pada skrin hadapan dan kesemua butang hadapan adalah kapasitif. Pada bahagian kanan peranti terdapat butang kuasa dan suara. Pada bahagian kiri pula terdapat panel untuk mengakses slot KadSIM dan kad MikroSD. Peranti ini menyokong penambahan memori dalaman sehingga 64 Gigabyte. Slot jack fon kepala terletak pada bahagian atas manakala terdapat slot MikroUSB dan stylus pada bahagian bawah. Mempunyai kamera 8 MP pada bahagian belakang tetapi tidak didatangi dengan sebuah flash. Notifikasi telefon diberikan dengan sentuhan Asus dimana terdapat pintasan pantas untuk melakukan screen mirroring dan fungsi Audio Wizard.  Audio Wizard membolehkan anda menetapkan mod bunyi kepada mod menonton video, merekod bunyi, mod muzik dan sebagainya. Satu lagi fungsi unik yang disertakan adalah slot pintasan pantas untuk melancarkan aplikasi kegemaran anda. Pintasan pantas ini diakses dengan menekan butang home untuk beberapa saat. Dari pintasan pantas ini juga boleh melancarkan Google NOW,  mengakses aplikasi, menggunakan dan mengunci butang navigasi kapasitif pada bahagian bawah peranti. Mod mengunci butang navigasi ini digunakan ketika bermain aplikasi permainan dan mengelak anda menutup secara tidak sengaja aplikasi tersebut atau kembali ke home. Stylus yang disertakan menggunakan teknologi Wacom. Ianya lebih responsif. Tiada masalah lengah masa seperti stylus kapasitif. Apabila stylus dicabut dari tempat penyimpanannya skrin aplikasi khas akan dibuka pada FonePad Note. Aplikasi khas ini diberi nama Super Note. Anda boleh memilih untuk menulis nota ataupun melakar apa yang anda fikirkan. Fungsi mengubah tulisan tangan juga disokong di dalam aplikasi Super Note Asus ini. Sebuah lagi aplikasi khas Asus ialah Instant Page. Terdapat tab kecil pada tepi skrin yang boleh ditarik ke kanan untuk membuka grid berkotak. Secara automatik paparan skrin akan diambil dan anda boleh melakar terus pada gambar yang diambil. Ini kemudiannya boleh disimpan didalam galeri peranti.  Akhir sekali ialah fungsi Smart Peek yang membolehkan anda melihat kandungan folder dengan meletakkan stylus di atas folder tanpa menyentuh skrin phablet.

 
Leave a comment

Posted by on February 21, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s