RSS

Oppo N1

21 Feb

Oppo akhirnya memasuki pasaran Malaysia dengan Oppo N1. Mempunyai kamera berputar yang membolehkan kamera utama 13 MP digunakan sebagai kamera hadapan dan kamera belakang. Selfies yang anda ambil menggunakan kamera hadapan N1 akan kelihatan lebih cantik kerana sensor kamera yang lebih besar. Kamera N1 juga dilengkapi sepasang flash boleh berputar sebanyak 210 darjah. Secara teorinya ia memudahkan anda mengambil gambar dari pelbagai sudut dengan lebih mudah. Diperkasakan dengan pemprosesan 1.7 GHz empat teras Snapdragon 600, 2 GB RAM, 16 GB muatan dalaman tanpa sokongan kad MikroSD dan bateri 3610 mAh. Peranti ini diperbuat daripada plastik dengan sedikit kemasan logam pada bahagian tepi. Selesa dipegang kerana bahagian belakangnya melengkung mengikut kontur tangan pengguna. Butang kuasa dan suara terletak pada bahagian kanan peranti manakala slot MikroSIM pula terletak pada bahagian kiri. Slot MikroSIM ini hanya boleh dibuka dengan menggunakan jarum seperti iPhone. Pada bahagian bawah terdapat port MikroUSB, sebuah pembesar suara dan jack fon kepala. Sebuah lagi keunikan N1 ialah panel sesentuh pada bahagian belakang yang diberi nama O-Touch. Panel sesentuh kecil ini boleh digunakan sebagai butang kamera. Letakkan jari anda pada O-Touch selama sesaat dan kemudian lepaskan bagi mengambil gambar. Dalam demo yang dilihatkan, ia lebih mesra pengguna dari cuba menekan butang kamera. Oppo N1 menggunakan sistem operasi Android dengan antaramuka yang diberi nama Color OS. Color OS mempunyai beberapa perbezaan yang ketara dimana menu, tema, widget dan animasi ketika tatalan dilakukan dengan tatalan atas ke bawah dari muka utama. Color OS juga mempunyai sokongan gesture. Sebagai contoh untuk log peranti, anda tidak perlu menekan butang kuasa sebaliknya menekan skrin sebanyak dua kali. Selain itu jika anda melukis huruf V pada skrin peranti yang telah dikunci, ia akan melancarkan aplikasi lampu isyarat. Untuk melancarkan aplikasi kamera secara segera dari skrin yang dikunci pula anda perlu melukis sebuah bulatan. Apa yang menarik tentang fungsi ini ialah anda boleh memprogramkan sendiri isyarat jari pilihan anda untuk melancarkan aplikasi berbeza. Senarai isyarat jari yang telah disimpan juga boleh dilihat bagi mengingatkan anda apakah yang telah diprogramkan oleh anda. Anda juga boleh mengambil gambar dari jarak jauh menggunakan O-Clik. Apabila sebuah lagi butang pada O-Click ditekan ia akan membuatkan Oppo N1 berdering bagi membolehkan anda mencarinya sekitar rumah apabila anda lupa dimana anda meletakkannya. Aksesori ini tidak disertakan sekali, anda harus dibeli berasingan.

 
Leave a comment

Posted by on February 21, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s