RSS

Samsung Galaxy NotePRO 12.2

21 Feb

Tiada perubahan dilakukan dari segi rekabentuk fizikal NotePRO berbanding Galaxy Tab dan Note 2014. Kemasan bahagian tepi mengekalkan astetik pada Galaxy Note 3. Tablet dengan skrin 12.2″ mempunyai resolusi 2560 x 1600 pixel. NotePRO menggunakan skrin IPS LCD beresolusi tinggi. Imej yang dipaparkan cukup tajam, terang dan mempunyai sudut penglihatan yang tinggi. Panel belakang NotePRO mengekalkan rekaan kulit seperti Note 10.1 2014. Kamera utama dilengkapi 8MP dengan flash. Tempat menyimpan stylus terletak pada bahagian kanan peranti. Butang kuasa dan suara diletakkan pada bahagian atas beserta dengan pemancar infra merah. Perbezaan paling ketara diantara NotePRO dan Note 10.1 2014 ialah NotePRO dilengkapi port USB 3.0 pada bahagian kiri berbanding USB 2.0 pada bahagian bawah Note 10.1 2014. Samsung mengekalkan butang home fizikal pada bahagian hadapan dan juga dua butang kapasitif pada kiri dan kanannya. Buat pertama kalinya butang multi tasking muncul pada peranti Samsung. Sebelum ini anda perlu menekan butang home selama beberapa saat untuk membuka skrin ini. Kini butang khas multi tasking diletakkan pada bahagian kiri butang home menggantikan butang pilihan yang digunakan sejak Galaxy S1. Pada bahagian kanan butang back dikekalkan seperti biasa. Google Now kini dilancarkan secara automatik apabila butang home ditekan untuk beberapa saat. Apabila butang home ditekan sebanyak dua kali pula, Samsung S Voice akan dilancarkan. Ini membuatkan NotePRO berfungsi lebih selari dengan peranti Android lain yang berada di pasaran. Fungsi Multi Window diberikan penaiktarafan dengan kemampuan menggunakan 4 aplikasi berbanding 2 sekaligus. Menurut Samsung ia memudahkan pengguna melakukan kerja serta menggunakan sepenuhnya ruang skrin NotePRO. Cara paparan skrin Multi Window juga diubah. Sebelum ini terdapat tab kecil pada hujung skrin yang ditarik bagi melancarkan fungsi ini. Kini anda perlu menekan bahagian hujung sebelah kanan dengan pantas untuk melancarkannya. Terdapat 2 barisan menegak berbanding hanya 1 sebelum ini. Anda juga tidak lagi boleh mengubah lokasi tab Multi Window. Ianya kekal di bahagian kanan skrin. Satu lagi sokongan yang disertakan adalah Side Sync. Ia adalah aplikasi yang membolehkan mana-mana telefon pintar ataupun phablet keluarga Galaxy diakses pada NotePRO. Anda boleh menggunakan aplikasi dari telefon pintar/phablet Galaxy dari skrin NotePRO. Selain daripada itu pemindahan fail secara drag and drop dari peranti ke NotePRO  boleh dilakukan dengan mudah. Papan kekunci NotePRO juga menyerupai papan kekunci PC bagi memudahkan anda menggunakan PC secara kawalan jauh. Anda juga boleh menutup PC yang dipadankan dengan NotePRO secara kawalan jauh apabila tidak lagi digunakan.

 
Leave a comment

Posted by on February 21, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s