RSS

Samsung Galaxy S5

02 Mar

Samsung Galaxy S5 membawakan sedikit perbezaan pada bahagian belakang dimana ia lebih selesa dipegang pada tangan. Menariknya ia mempunyai sokongan kalis air tetapi  pengguna tidak boleh merendamnya ataupun menggunakan ia di dalam air seperti apa yang ada pada telefon pintar daripada Sony. Samsung Galaxy S5 masih menggunakan Touchwiz. Dilengkapi kamera 16MP pada bahagian belakang dengan menyertakan sokongan rakaman video 4K, kebolehan menambah efek pada gambar, rakaman video HDR, dan juga fungsi baru dinamakan Selective Focus. Samsung Galaxy S5 juga menyertakan beberapa fungsi baru seperti pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian butang Home. Pengguna boleh mengaktifkannya dan menggunakannya untuk mengakses peranti, ataupun mengakses kepada fail-fail peribadi milik anda. Pengimbas cap jari juga boleh digunakan untuk tujuan pembayaran dengan menggunakan PayPal. Selain pengimbas cap jari, pihak Samsung juga menyertakan sensor untuk mengetahui kadar degupan jantung pengguna yang diletakkan pada bahagian bawah kamera. Sensor ini akan memantau kesihatan pengguna melalui aplikasi S-Health. Selain itu, Samsung Galaxy S5 juga menyertakan sokongan akses internet yang pantas melalui integrasi LTE. Pengguna boleh menggunakan rangkaian LTE dan WiFi mereka pada masa yang sama boleh memuat-turun data. Satu lagi fungsi baru diperkenalkan adalah Ultra Power Saving Mode. Dengan mengaktifkannya, ia akan mengubah semua paparan kepada warna hitam putih, dan mematikan pelbagai aplikasi anda. Pengguna hanya boleh menggunakan beberapa fungsi asas, dan menurut Samsung ia mampu bertahan sehingga 24 jam apabila kadar bateri mencapai 10% apabila mod tersebut diaktifkan. Fungsi-fungsi lain yang turut hadir adalah KidsMode dan juga S-Note. Samsung bakal menjual telefon pintar Galaxy S5 ini di pasaran seluruh dunia bermula 11 April 2014 ini.

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s