RSS

Galaxy S5 – Kalis Air, Kamera Lebih Baik

02 Mar

Samsung hari ini memperkenalkan peranti terbaru mereka yang dinantikan ramai, iaitu Samsung Galaxy S5. Samsung memfokuskan kepada empat perkara utama untuk peranti ini, iaitu rekabentuk, kamera, perhubungan, dan juga kehidupan.  Untuk bahagian kamera pula, pihak Samsung menyertakan sokongan AF, HDR, Fast AutoFocus dengan sensor 16MP yang menggunakan cipset khas. Turut menyertakan beberapa aplikasi khas untuk membolehkan pengguna kekal cergas dari hari ke hari. Aplikasi ini boleh digunakan bersama-sama dengan peranti Gear daripada Samsung. Disertakan dengan sokongan kalis air dan juga debu IP67. Samsung turut menyertakan sebuah mod khas untuk menjimatkan bateri dengan menawarkan masa pelayaran web sehingga 10 jam ataupun masa memainkan video sehingga 12 jam. Fungsi tersebut dinamakan Ultra Power Saving Mode, yang akan mengubah skrin ke warna hitam dan putih, dan hanya mengaktifkan panggilan telefon dan SMS sahaja. Samsung mengatakan apabila bateri berada dibawah tahap 10%, peranti tersebut boleh digunakan sehingga 24 jam lagi apabila mod ini diaktifkan. Sokongan Samsung Knox juga disertakan untuk tujuan keselamatan dan juga sekuriti. Sokongan pengimbas cap jari digunakan untuk tujuan pembayaran dan juga boleh digunakan untuk Private Mode yang akan memaparkan dokumen dan gambar secara eksklusif sahaja. Kids Mode turut disertakan pada Galaxy S5, untuk memudahkan pengguna memberikan peranti mereka kepada anak-anak kecil mereka dengan akses terhad. Selain pengimbas cap jari, pihak Samsung turut mengintegrasikan sensor untuk memantau aktiviti jantung pada bahagian bawah kamera belakang. Sebuah aplikasi dinamakan sebagai Lifestyle Coach turut disediakan yang menawarkan aktiviti yang bersesuaian dengan anda untuk menjadikan hidup anda lebih cergas dan sihat. Beberapa aksesori turut disediakan, dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Samsung Galaxy S5 menggunakan skrin bersaiz 5.1-inci HD penuh Super AMOLED untuk paparan yang lebih baik dengan sokongan Local CE yang dioptimasikan mengikut keadaan persekitaran secara automatik. Membawakan sokongan LTE Cat.4 dan juga WiFi generasi kelima iaitu MiMO 802.11ac. Selain daripada itu, pihak Samsung turut menyertakan sebuah sokongan baru dinamakan sebagai Download Booster yang membolehkan anda memuat-turun data dengan lebih pantas berbanding kebiasaan. Pihak Samsung turut memperkenalkan satu lagi peranti tambahan dinamakan sebagai Gear Fit. Melengkapkannya lagi adalah Samsung Galaxy Gift yang menawarkan beberapa kandungan dan aplikasi secara percuma untuk pelanggan Samsung. Samsung Galaxy S5 akan dilancarkan kepada umum pada 11 April di lebih 120 buah negara seluruh dunia.

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s