RSS

Sony Xperia Z2

02 Mar

Sony Mobile hari ini memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan Sony Xperia Z2. Sony Xperia Z2 mengekalkan pelbagai elemen rekaan yang ada pada keluarga “Z” dan masih mengekalkan sokongan kalis air dan debu. Telefon pintar Sony Xperia Z2 ini boleh digunakan didalam air, dimana butang fizikal kamera boleh digunakan untuk membuat rakaman gambar dan video. Dilengkapi dengan kamera 20.7 MP, dan kemaskini perisian yang disertakan membolehkan pengguna merakam video dengan kadar resolusi 4K. Beberapa aplikasi tambahan untuk kamera turut disertakan, seperti Creative Effect, Vine dan beberapa yang lain. Pada dialer, ia menyertakan Automattic Answering Machine, yang membolehkan pengguna menjawab panggilan secara automatik dan disesuaikan dengan senario pengguna. Disamping itu, pihak Sony turut menyertakan fungsi dwi-tap untuk mengaktifkan skrin untuk memudahkan pengguna mengakses peranti dengan sebelah tangan. Terdapat dua pilihan antaramuka, iaitu antaramuka asal Xperia, dan satu lagi dinamakan sebagai Simple Home yang disasarkan kepada mereka yang baru menggunakan telefon pintar. Perubahan juga dilihat pada bahagian Quick Settings, dimana ia dibahagikan dengan menu notifikasi. Sony turut menyertakan sebuah lagi aplikasi tambahan dinamakan sebagai Whats New yang menunjukkan pelbagai filem, aplikasi, muzik dan kandungan percuma melaluinya. Pengguna boleh mengaksesnya dengan menekan butang “Home” untuk seketika, dan mengakses melaluinya. Satu lagi perkara yang disertakan adalah aplikasi Garmin NAVIGON.

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s