RSS

Telefon Samsung Dengan Tizen OS

02 Mar

Samsung merupakan salah satu penyumbang terbesar didalam projek Tizen OS, dan pihak Tizen Association telah memperlihatkan beberapa peranti menjalankan sistem operasi mereka, termasuk telefon daripada Samsung. Berbeza dengan Android, Samsung memiliki kuasa sepenuhnya pada Tizen, dimana mereka boleh mengawal apakah aplikasi yang akan disertakan dan sebagainya. Walaupun terdapat alternatif seperti AOSP (Android Open Source Project), ramai pengguna inginkan perkhidmatan Google apabila mendapatkan peranti berasaskan Android. Membawakan paparan yang lebih kurang sama seperti TouchWiz daripada Samsung. Dari segi sistem dan ekosistem, ia membawakan beberapa perbezaan. Salah satunya adalah dari segi aplikasi, dimana Tizen OS menyokong aplikasi berasaskan HTML5 ataupun yang menggunakan C++. Pengguna boleh pin sesuatu ikon tersebut di skrin utama, dan apabila saiz ikon tersebut dibesarkan, ia akan berubah kepada bentuk widget. Peranti yang diperlihatkan juga menggunakan beberapa aplikasi yang terbina seperti YouTube dan juga Google Search. Dari segi pemetaan, ia menyokomg Nokia HERE Maps. Apa pun, boleh dikatakan Tizen masih lagi baru – dan sokongan aplikasi akan memainkan peranan yang amat penting dalam sokongan sistem operasi ini untuk terus maju kehadapan. Buat masa ini, Samsung telah hadir dengan sebuah kamera yang menjalankan Tizen OS dan Samsung Gear 2 yang turut menggunakan sistem operasi berkenaan.

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2014 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s