RSS

WD Black² – Cakera HDD Dan SSD

02 Mar

Pada tahun lepas Western Digital telah mengumumkan WD Black² yang menggabungkan cakera HDD 1TB dan cakera SSD 120GB. Cakera ini telah mula dijual pada awal tahun ini dan didatangkan dengan pakej pembungkusan yang menarik. Turut disertakan dengan pemacu USB berbentuk kunci kereta untuk tujuan pemasangan. Tiada perisian didalam pemacu USB tersebut tetapi yang ada merupakan kod executable yang akan menghantar pengguna ke laman Western Digital untuk memuat turun perisian dan driver. Kabel yang disediakan merupakan kabel SATA > USB 3.0 yang digunakan untuk menyalin data. Perlu diingatkan yang pemacu WD Black² ini merupakan pemacu terbuka tanpa sebarang bekas. Ini kerana ia digunakan untuk kegunaan dalaman dan bukan kegunaan luaran. Cakera WD Black² ini menggunakan SSD sebagai ruang storan utama. Sekiranya anda menyambung pemacu tersebut secara terus kepada komputer, komputer akan mengesan storan SSD sahaja iaitu sebanyak 120GB. Storan HDD 1TB hanya boleh diaktifkan melalui perisian yang diberikan oleh Western Digital. Storan tersebut hanya boleh diaktifkan menggunakan sistem operasi Windows. Untuk makluman, produk ini hanya menyokong platform Windows sahaja. Pengguna perlu melakukan pengklonan sistem operasi secara menyeluruh melalui perisian yang dimuat-turun. Pengguna disyorkan untuk mengklonkan sistem operasi berkenaan kedalam ruangan SSD tersebut. Selesai pengklonan, pengguna perlu memasang WD Black² kedalam sistem mereka. Sekiranya pengguna ingin memasang WD Black² untuk PC, maka PC perlu mempunyai kelengkapan tambahan untuk pemasangan pada ruang cakera keras bersaiz 3.5 inci. Selesai pemasangan, pengguna perlu menjalankan perisian pemasangan yang akan mengaktifkan ruang storan HDD 1TB. Hanya cara ini sahaja dapat mengaktifkan ruangan tambahan tersebut. Sekiranya pengguna mempunyai koleksi fail berjumlah 400GB, pengguna boleh mengklon fail sistem operasi dan juga fail tambahan sehingga 120GB ke SSD dan menggunakan kabel SATA > USB 3.0 untuk menyalin data selebihnya ke pemacu WD Black². Kelajuan semasa boot-up boleh dirasai dan juga kelajuan semasa memuatkan permainan yang menggunakan grafik yang intensif. Melalui proses rendering, kelajuan data boleh dicapai sekiranya fail asal dimuatkan dalam SSD.

 
Leave a comment

Posted by on March 2, 2014 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s