RSS

Aksesori Untuk Peranti Xperia

08 Mar

Pihak Sony Mobile turut memperlihatkan beberapa aksesori tambahan untuk telefon pintar Xperia mereka dan mengumumkan aksesori yang membawakan gabungan mikro-USB dan USB 2.0. Dari segi saiz, ia amat kecil, dan mungkin memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana dengan mudah. Menggunakan USB On-The-Go ini, ia membolehkan pengguna memindahkan sesuatu fail atau data daripada peranti ke peranti lain dengan mudah. Sony mengatakan ia serasi dengan Android 4.0.3 dan terkini dengan jaminan selama 2 tahun. Bagi yang mempunyai banyak gambar dan video pada peranti Xperia mereka, Sony memperkenalkan Personal Content Station. Hadir dengan ruangan storan sebeasr 1TB, dan membolehkan pengguna membuat salinan pendua data pada telefon dengan mudah – sama ada menggunakan sokongan NFC ataupun WiFi. Pengguna juga boleh berkongsi kandungan daripada Personal Content Station ini secara atas talian (menggunakan sebuah aplikasi khas), ataupun menyambungkan ia ke televisyen menggunakan HDMI dan menikmati video dan gambar pada skrin besar. Satu lagi aksesori yang turut diperkenalkan oleh Sony adalah sistem inforia untuk kereta yang dinamakan sebagai Sony Car AV Center XAV-712BT. Pengguna boleh menghubungkan peranti Xperia mereka menggunakan sokongan MHL/HDMI dan menikmati kandungan terus pada sistem inforia kereta berkenaan. Pengguna juga boleh membuat kawalan suara dan meminta sistem membacakan mesej dan sebagainya melalui aplikasi khas yang dinamakan sebagai AppRemote. Sokongan audio yang ditawarkan oleh sistem ini juga dikatakan lebih baik berbanding beberapa sistem lain. Sebahagian aksesori telah dijual di beberapa buah negara, dan beberapa daripadanya akan hadir ke Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2014 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s