RSS

Internet Essential : Program Bantuan

08 Mar

Di Malaysia kita ada Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan Kedai Rakyat 1 Malaysia bagi membantu meringankan bebanan perbelanjaan rakyat yang berpendapatan rendah. Ini adalah inisiatif yang bagus walaupun ada pelbagai pihak yang merasakan ianya membazir dan ada juga yang berkata jumlah bantuan terlalu sedikit. Nilai bantuan itu mungkin kecil dan tidak signifikan kepada sesetengah orang tetapi kepada penerima yang mempunyai kesesakan hidup ianya jumlah yang sangat besar. Di Amerika Syarikat tidak ada BR1M ataupun KR1M. Yang ada ialah sistem setem makanan Social Welfare dan pasaraya Wallmart yang menjual barangan pada harga runtuh. Mereka juga mempunyai Internet Essential, perkhidmatan internet yang di subsidi dengan harga langganan internet sepantas 5 Megabit sesaat serendah $9.99 (RM 32) sebulan. Bayaran tanpa subsidi perkhidmatan yang sama ialah $50 (RM164) sebulan. Ianya sebuah inisiatif khidmat masyarakat yang diberikan oleh syarikat Comcast. Untuk layak menerima perkhidmatan Internet Essential anda harus mempunyai isi rumah sebanyak 4 orang dengan pendapatan terkumpul kurang dari $43 568  setahun. Perkhidmatan ini kini telah dilanggan lebih dari 300 000 keluarga di seluruh Amerika Syarikat. Ini menunjukkan Amerika Syarikat menyedari internet berkelajuan tinggi adalah salah satu kepentingan hidup. Adakah anda merasakan perlukah syarikat pembekal perkhidmatan internet Malaysia menawarkan perkhidmatan seumpama itu kepada rakyat Malaysia dan ia juga boleh menjadi salah satu tanggungjawab sosial mereka ? Keperluan ini adalah lebih baik dari melihat kanak-kanak melepak di kedai semata-mata mahukan WiFi percuma. Sumber Oregonian.

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2014 in Info ICT, Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s