RSS

Sony Xperia T2 Ultra

08 Mar

Sony hari ini memperkenalkan Xperia T2 Ultra yang merupakan versi phablet dengan spesifikasi pertengahan. Xperia T2 Ultra tidak membawakan rekaan kalis air dan debu. Namun, ia masih mengekalkan beberapa rekaan ikonik Sony, terutamanya pada bahagian butang kuasa. Menggunakan binaan kerangka berasaskan plastik. Ia sedikit kecil berbanding Xperia Z Ultra, dimana phablet Xperia T2 Ultra ini sekadar membawakan skrin bersaiz 6-inci, tetapi turut hadir dengan beberapa fungsi khusus, termasuk antaramuka yang dioptimasikan untuk paparan secara melintang. Xperia T2 Ultra menyertakan sokongan Flash pada kamera belakang dengan membawakan sensor 13MP dengan sokongan rakaman HDR, video 1080p dan sebagainya, sementara kamera hadapan pula dilengkapi dengan sensor 1.1MP untuk sokongan panggilan video. Peranti ini membawakan sokongan dwi-SIM, membolehkan pengguna menggunakan dua rangkaian telekomunikasi pada satu telefon. Pihak Sony turut menyertakan sokongan “One Hand Usage”, yang membolehkan pengguna membuat beberapa kawalan, seperti melihat notifikasi dan menaip dengan lebih mudah menggunakan satu tangan sahaja. Telefon pintar ini turut dilengkapi sokongan NFC dan 4G LTE. Sony Mobile Malaysia dijangka akan memperkenalkan peranti tersebut seawal bulan hadapan.

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s