RSS

OverTask – Plug-in Chrome

18 Mar

Ketika menulis artikel, satu perkara yang sering  dibuat adalah dengan membaca dan membuka pautan artikel sebanyak yang mungkin, disamping membuka laman lain seperti Youtube, Twitter dan pelbagai laman sosial yang lain. Ini menyebabkan tab pada pelayar web dibuka dengan lebih banyak yang akhirnya pelbagai masalah seperti gangguan (distraction) ketika melayar web. OverTask merupakan sebuah plug-in (extension) Google Chrome yang dapat membantu anda mengatasi permasalahan tersebut. Sebagai contoh ketika anda sedang melakukan kajian tentang kapal terbang, OverTask akan meminta anda meletakkan pautan yang berkenaan dengan kajian itu sahaja. Selepas itu, kesemua pautan yang anda kumpulkan sebelumnya akan dibuka pada satu sesi baru Google Chrome yang hanya mempunyai pautan yang dikehendaki sahaja. Perkara ini sekaligus dapat membantu anda untuk kekal fokus tanpa sebarang gangguan dan idea ketika membuat kajian. Membiarkan tab bercampur aduk dengan laman web lain seperti laman sosial menyebabkan kerja dan tugasan sering terganggu dan akhirnya banyak penangguhan akan berlaku. OverTask ini boleh membantu dan sangat mudah kerana ia akan dibuka setiap kali anda membuka halaman tab baru. Ini memudahkan anda untuk melihat tugasan yang sedang berjalan ataupun anda boleh menambah tugasan padanya. Anda boleh menambah seberapa banyak tugasan yang dikehendaki dengan hanya melakukan ‘Edit task name’ > ‘Add current tabs’ > ‘Create Task’ dan tugasan baru akan terpapar pada halaman utama OverTask. Sekiranya anda bersedia untuk membuat tugasan tersebut, klik ‘DO’ dan Chrome akan menutup tab yang sedia ada dan hanya membuka tab yang dikumpulkan sahaja. Tab yang dibuka sebelumnya akan disimpan dan akan dibuka semula sehingga anda menyiapkan tugasan anda. OverTask turut didatangkan dengan sokongan log masuk akaun pengguna yang membolehkan anda sync tugasan anda pada Chrome di komputer lain. Ia juga turut hadir dengan sokongan import dan export tugasan untuk dijadikan sebagai fail backup ketika diperlukan. Plug-in OverTask sangat efektif untuk mengurangkan kadar gangguan (distraction) yang serius disamping membantu untuk menguruskan artikel-artikel yang bakal ditulis pada akan datang. Sekiranya anda seorang pelajar, ia dapat membantu anda untuk menguruskan tugasan pelajar (assignment) tanpa sebarang gangguan.  Plug-in OverTask untuk Google Chrome boleh dimuat-turun melalui Chrome Web Store dan ditawarkan secara percuma kepada pengguna. Muat-turun: Plug-in OverTask.

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2014 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s