RSS

Peranti Xperia Bagi Tahun 2014

18 Mar

Pengenalan peranti ini akan dimulakan dengan tablet terbaru daripada Sony, iaitu Sony Xperia Z2 Tablet. Sony membawakan rekaan yang amat nipis dan ringan melalui tablet ini, dan turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz, memori 3GB RAM, sokongan 4G LTE, sokongan Digital Noise Cancelling, kebolehan Quick Charge dan beberapa yang lain. Telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan iaitu Xperia M2 turut diperkenalkan pada minggu lepas dan bakal memasuki pasaran tempatan bermula bulan April 2014. Selain menyertakan rekaan ikonik daripada Sony, ia juga merupakan antara telefon nipis dengan sokongan rangkaian 4G dengan sokongan paparan HD, serta kamera 8MP pada bahagian belakang. Variasi dengan dwi-SIM akan turut hadir kemudian. Xperia Z1 Compact yang telah diumumkan pada CES 2014 lepas turut dilihat akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Xperia Z1 Compact boleh dikatakan variasi bersaiz kecil untuk Xperia Z1, dimana menggunakan skrin bersaiz 4.3-inci dan selesa untuk penggunaan sebelah tangan. Turut hadir dengan fungsi menyerupai Xperia Z1 yang telah diperkenalkan sebelum ini – termasuk kamera belakang 20.7MP. Akhir sekali, pihak Sony mengumumkan phablet dengan spesifikasi pertengahan iaitu Xperia T2 Ultra yang bakal turut hadir di pasaran tempatan bermula bulan April. Hadir dengan skrin bersaiz 6-inci serta dilengkapi beberapa fungsi seperti kawalan menggunakan satu tangan, kamera yang dioptimasikan untuk selfie dan beberapa fungsi Sony lain. Selain telefon pintar dan tablet, pihak Sony Mobile turut memasarkan SmartBand di rantau Asia Tenggara bermula April 2014 ini.

 
Leave a comment

Posted by on March 18, 2014 in Gadjet, Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s