RSS

Format Gambar Baru WebP

28 Mar

Sehingga kini, format gambar seperti JPG, PNG, dan GIF popular dikalangan pengguna laman web. JPG digemari ramai kerana fungsi mampatannya yang mampu mengurangkan saiz gambar tanpa mengurangkan kualiti yang ekstrim ke atas gambar tersebut (lossy compression), PNG popular kerana fungsi ketelusan alfa (alpha transparency), dan GIF pula terkenal dengan fungsi animasi. Google memperkenalkan satu format gambar terbaru diberi nama WebP (sebutan: weppy), menggabungkan ketiga-tiga fungsi tersebut iaitu mampatan, ketelusan alfa, dan animasi dalam satu format sahaja. Format WebP lebih kecil saiznya dan dimuatkan dengan lebih laju pada pelayar web. Menurut halaman blog Chromium, pembangun Google sedang melakukan perubahan dengan menggantikan gambar-gambar daripada format PNG kepada format WebP untuk menjimatkan saiz gambar sehingga 35%. Google juga sedang melakukan perubahan pada YouTube dengan menukarkan thumbnail kepada format WebP dengan prestasi sebanyak 10% dari aspek masa untuk memuat-turun. Penggunaan WebP ini mampu menjimatkan sehingga 10 terabytes pemindahan/penghataran data setiap hari. Jika dilihat dari pengguna pula, ini dapat menjimatkan penggunaan data. Secara amnya, WebP mampu menjadikan laman web lebih kecil dan pantas, dan menjadikan laman web perkongsian gambar popular seperti Instagram, Flickr, Tumblr, 9gag, dan Imgur mampu dimuat-turunkan dengan lebih laju. Format WebP sudahpun disokong oleh pelayar web Google Chrome versi terkini, dan pihak Google sedang memujuk pelayar-pelayar web yang lain untuk menerima pakai WebP pada pelayar mereka. Untuk mengenali WebP dengan lebih dekat lagi, pembaca boleh merujuk laman web ini. Rujuk : Perbandingan Gambar JPG dan WebP

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s