RSS

TM Melabur Pada Packet One Networks (P1)

28 Mar

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan kerjasama dengan pihak GreenPacket dan juga SK Telecom dalam membangunkan perkhidmatan komunikasi bersepadu generasi akan datang dengan membuat pelaburan dan memegang saham sehingga 57% di dalam Packet One Networks (P1). Telekom Malaysia akan melabur sehingga RM350 juta pada peringkat awal dan akan menambah sehingga RM210 juta ke dalam Green Packet dalam bentuk bon. TM P1SK Telecom sebelum ini telah membuat pelaburan pada P1 pada tahun 2010. SK Telecom merupakan syarikat telekomunikasi paling popular di Korea Selatan, dan merupakan antara yang terawal menawarkan perkhidmatan LTE. Dengan kepakaran teknikal daripada SK Telecom, P1 dijangka akan mendapat manfaat dari segi perkhidmatan LTE untuk pengguna tempatan. Buat masa ini, P1 telah mempunyai lebih daripada 500,000 pelanggan, serta meliputi 50% daripada kawasan berpendudukan di Malaysia. Dengan pengambil-alihan pegangan majoriti ini, P1 akan menjadi salah satu subsidiari dibawah Telekom Malaysia, selari dengan visi TM untuk menjadi “Pusat Pertukaran Data dan Maklumat” serta “Peneraju Jalur Lebar di Malaysia”. Ketiga-tiga syarikat ini dilihat akan menawarkan kelebihan masing-masing, dimana Green Packet akan memastikan kesinambungan perniagaan P1, sementara SK Telecom akan menyumbangkan kepakaran teknikal dan TM akan melakukan plan strategik untuk P1. Telekom Malaysia juga ingin melabur sehingga RM1.65 bilion dengan rakan kerjasama yang lain untuk masa satu hingga ke tiga tahun ini. P1 akan memperkenalkan perkhidmatan LTE mereka tidak lama lagi, dan akan menggantikan sepenuhnya perkhidmatan WiMAX kepada LTE dalam tempoh tiga hingga ke lima tahun.

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s