RSS

Nokia Memperkenalkan Nokia 3310 PureView

15 Apr

Hari ini, syarikat gergasi daripada Finland tersebut telah mengemaskini telefon yang popular sekitar tahun 2000 – Nokia 3310 dengan kamera 41-megapiksel PureView. Melalui halaman rasmi Nokia Conversations, Nokia 3310 PureView membawakan rekaan ikonik Nokia 3310 yang hadir dengan skrin berukuran 3-inci ClearDiamond Display dengan resolusi sebesar 1280×768 WXGA. Turut disertakan dengan pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dengan tambahan memori microSD, dan menjalankan Windows Phone 8 sebagai sistem operasi utama peranti tersebut. Menariknya, ia turut disertakan dengan butang fizikal ‘soft-touch’ Windows yang istimewa bagi kemudahan pengguna mengendalikannya dalam apa jua cara sekalipun. Pihak Nokia turut mengatakan Nokia 3310 PureView mempunyai daya ketahanan fizikal yang amat kuat bagi membolehkan ia berfungsi walaupun dihentak dengan penukul besi. Tidak seperti Nokia 3310 generasi sebelumnya, Nokia 3310 PureView disertakan bersama skrin Gorilla Glass 3, menjadikan skrin sangat tahan lasak dan tidak mudah pecah. Nokia 3310 telah dijual lebih 125 juta di serata dunia sejak ia diperkenalkan dan perkara ini telah menjadikan telefon tersebut salah satu telefon paling laris yang pernah dijual oleh gergasi Finland ini. Disebabkan itu, pihak Nokia mahu terus memperkenalkan semula legasi bagi peranti ini dengan mengemaskininya bersama teknologi pengimejan PureView. Nokia 3310 PureView hadir dengan kombinasi pilihan warna kuning, biru, merah, dan hijau dan setiap pembelian peranti ini akan diberikan storan tambahan sebanyak 7GB melalui OneDrive. Pihak Nokia akan memperkenalkan Nokia 3310 PureView versi 3G terlebih dahulu dan versi LTE dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran seterusnya.

 
Leave a comment

Posted by on April 15, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s