RSS

Kemasikini Microsoft Windows 8.1

12 May

Windows 8.1 hadir dengan kemaskini yang menetapkan fungsi boot-to-desktop untuk diaktifkan secara automatik kepada semua peranti tanpa sokongan skrin sentuh. Dalam pada itu, ia turut menyertakan butang shutdown pada bahagian Start Screen bagi memudahkan pengguna menutup PC tanpa perlu ke bahagian Charm Bar. Pihak Microsoft telah menyertakan butang carian untuk pengguna peranti skrin sentuh dan juga desktop bagi membolehkan carian dibuat terus melaluinya. Pada bahagian Start Screen pula, hadir dengan sokongan context menu untuk semua pengguna tanpa sokongan skrin sentuh. Apabila pengguna membuat klik-kanan pada salah satu tile, context menu ini akan muncul dan di situ akan terdapat beberapa tetapan seperti kebolehan mengubah saiz tile. Untuk memilih fail pada File Explorer, pengguna perlu menekan butang Ctrl untuk membuat pilihan (selection) pada tile, berbanding sebelum ini perlu menekan klik-kanan pada tile untuk membuat pilihan. Pihak Microsoft turut menampilkan sebuah title bar baru di atas permukaan aplikasi Windows Store. Menyertakan butang close dan minimize bagi membolehkan pengguna menutup atau mengecilkan aplikasi dengan lebih mudah. Sekiranya fungsi ini diaktifkan, aplikasi Windows Store boleh di-pin oleh pengguna dan akan berada pada taskbar di desktop dengan kebolehan window preview untuk setiap aplikasi. Selain itu, fungsi ini juga membolehkan pengguna membawa kursor di bawah aplikasi Windows Store untuk memaparkan taskbar dan membuat fungsi multitasking padanya. Dalam masa yang sama Windows 8.1 Update turut menetapkan semula aplikasi default seperti lagu, gambar, dan video. Microsoft juga sedang berkerjasama dengan pengeluar untuk menyediakan peranti berspesifikasi rendah. Melalui kemaskini ini, pihak Microsoft telah merendahkan keperluan sistem dengan spesifikasi minima 1GB RAM dan 16GB untuk muatan dalaman. Windows 8 Update boleh dimuat-turun secara percuma melalui Windows Update hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s