RSS

Alcatel One Touch Hero

12 May

Rekaannya bolehlah dikelaskan sebagai utilitarian iaitu kemas dan memenuhi keperluan. Panel belakang diperbuat daripada plastik dengan kemasan permukaan bergetah. Panel belakang Hero yang kasar ini mengurangkan kebarangkalian peranti ini tergelincir daripada genggaman. Pada bahagian kanan terletak butang kuasa dan suara yang dibina dengan tegap. Masih menggunakan kad MikroSIM dan hanya terdapat satu slot SIM pada peranti ini.  Slot untuk kad MikroSD pula terletak pada bahagian kiri peranti dan Hero menyokong penambahan memori dalaman sehingga 32 Gigabyte. Tempat menyimpan stylus terletak pada bahagian bawah bersebelah port MikroUSB. Stylus yang disertakan ialah dari jenis kapasitif dan ini berbeza dari teknologi yang digunakan oleh Asus Fonepad Note dan Galaxy Note. Apabila anda melakar pada skrin garisan yang dihasilkan tidak setepat yang dihasilkan menggunakan stylus berteknologi Wacom. Pembesar suara terletak pada bahagian belakang dan ianya sebuah pembesar suara mono. Tiga butang kapasitif diletakkan di luar paparan skrin. Pada bahagian tersebut terletak butang back, butang home dan butang menu dan tidak mempunyai butang khas untuk multi tasking. Untuk melancarkan skrin multi tasking anda perlu menekan butang menu untuk beberapa saat dan untuk melancarkan Google Now anda perlu menekan butang home untuk beberapa saat. Secara keseluruhan antaramuka phablet ini mengekalkan majoriti elemen Android asal. Perubahan lebih kepada penukaran rekaan ikon dan penambahan fungsi baru yang minima. Selain itu. papan kekunci Hero mempunyai pelbagai fungsi. Anda boleh memilih tiga jenis papan kekunci iaitu T+, T12 ataupun T26. Terdapat juga pintasan untuk memudahkan pemilihan baris ayat ataupun perkataan tertentu, selain mempunyai fungsi tetingkap berganda (multi window). One Touch Hero juga mempunyai aksesori yang unik. Antaranya Sidekick yang merupakan sebuah telefon kecil sepanjang 3.5  inci yang dihubung menggunakan Bluetooth. Telefon mini ini boleh digunakan untuk melalukan panggilan telefon dan menghantar SMS. Kesemua maklumat di dalam buku telefon Hero akan dimuat naik secara automatik ke dalam Sidekick. Had jarak maksimum ialah sekitar 15 meter. Pada Sidekick ini juga ia boleh digunakan untuk mencari lokasi Hero berjarak dekat. Dengan menekan butang find me, Hero akan berdering dan anda boleh mencarinya dengan mudah. Fungsi Battery Saver pada Hero ialah fungsi yang standard pada kesemua peranti Alcatel. Apabila bateri sudah mencapai tahap kritikal anda boleh mengaktifkan mod ini untuk menjimatkan penggunaan bateri. Di dalam mod ini anda hanya boleh melakukan panggilan telefon dan menjawab SMS sahaja. MagicFlip ialah penutup skrin magnetik yang turut disertakan bersama dengan Sidekick. Ia mempunyai sistem paparan LED yang menunjukkan beberapa ikon notifikasi seperti emel, sms, panggilan telefon dan waktu. Ianya bercantum pada bahagian belakang Hero secara magnetik sama seperti Microsoft Surface. Penutup ini juga melekap pada bahagian hadapan skrin secara magnetik. Ini memastikan penutup ini tidak terbuka dengan mudah dan berlipat apabila tidak digunakan. Rekaan MagicFlip memang sangat baik. Kamera utama sebesar 13 MP pada bahagian belakang dan 2 MP pada bahagian hadapan. Kamera utama mampu mengambil video pada resolusi HD penuh manakala kamera hadapan pada resolusi 720p.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s