RSS

Asus Zenfone dan ZenUI

12 May

Tiga variasi dalam keluarga Zenfone dipanggil Zenfone 4, Zenfone 5, dan Zenfone 6. Setiap peranti tersebut mempunyai sedikit kelainan pada spesifikasi, jika dilihat dari segi rekabentuk, nombor tersebut juga memberikan indikasi keatas saiz paparan skrin setiap peranti Zenfone. Selain perbezaan saiz antara setiap peranti, terdapat juga perbezaan cip pemprosesan yang mempengaruhi kesediaan sesetengah fungsi pada telefon tersebut seperti contoh kebolehan kamera PixelMaster dan Glove Touch tidak terdapat pada Zenfone 4. Secara amnya, kesemua telefon tersebut dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom dengan Hyper-Threading yang dikatakan laju dan tidak menggunakan banyak kuasa bateri, mempunyai dua slot kad sim untuk digunakan serta beroperasi menggunakan Android Jelly Bean dengan paparan antaramuka Zen UI. Asus juga menyatakan sistem operasinya juga boleh dinaiktaraf kepada Android KitKat. Pihak Asus mengatakan setiap Zenfone juga dilengkapi dengan dua antena dan mempunyai paparan Corning Gorilla Glass 3. Zenfone 4 sebagai peranti terkecil dan mempunyai spesifikasi terendah dalam keluarga Zenfone merupakan satu peranti mampu milik. Ini berikutan harganya (RM299) yang rendah namun mempunyai pelbagai fungsi yang turut wujud pada telefon kelas pertengahan. Ia juga turut mampu untuk merakam video 30FPS pada resolusi 1080p dan responsif. Apapun kamera pada Zenfone 4 tidak mempunyai kebolehan PixelMaster oleh kerana kapasiti bateri yang rendah dan juga cip pemprosesan yang hanya untuk tujuan asas penggunaan telefon pintar. Ia didatangkan dalam 5 pilihan warna dengan warna khas Sky Blue dan Solar Yellow.

Zenfone 5 sebagai peranti pertengahan membawakan spesifikasi yang menghampiri telefon premium. Dengan cip Intel Atom Multicore 1.6Ghz, ia membawakan pemprosesan yang lebih laju dan turut mempunyai fungsi kamera 8MP PixelMaster. Ia hadir dengan 5 pilihan warna dan turut menyertakan warna khas Champagne Gold dan Mystic Purple. Sekiranya anda inginkan Zenfone pada spesifikasi tertinggi, Zenfone 6 adalah telefon dalam keluarga siri ini. Ia mempunyai 2GB RAM berbanding Zenfone 5 dan menggunakan Intel Atom Multicore 2.0Ghz. Kamera PixelMaster pada Zenfone 6 menggunakan sensor sebesar 13MP. Kuasa baterinya juga agak tinggi iaitu 3230mAh dan didatangkan dengan 4 pilihan warna. Salah satu keupayaan peranti Zenfone adalah kamera PixelMaster yang terdapat pada Zenfone 5 dan Zenfone 6. Kamera ini yang mempunyai aperture F/2.0 turut menyertakan lensa 5-elemen, sejenis lensa yang digunakan pada lensa kamera iPhone. Melalui kebolehan ini, kamera tersebut mampu merakam gambar sehingga 400% lebih terang menggunakan Low Light Mode dan ia ditunjukkan melalui eksperimen dalam bilik gelap. Kamera PixelMaster juga mempunyai banyak fungsi lain dan salah satunya adalah Time Rewind yang boleh merakam sehingga 2 saat sebelum video tersebut mula dirakamkan. Ia juga akan merakamkan 1 saat selepas butang kamera dilepaskan. Dengan aperture F/2.0, ia juga mampu merakam gambar dengan nilai Depth of Field yang bagus serta membolehkan fungsi Miniature Mode mereka berfungsi. Sekiranya anda seorang yang sukakan gambar Tilt-and-Shift, maka pilihan fungsi PixelMaster ini akan menarik minat anda. Sekiranya anda seorang yang menitikberatkan kualiti audio, fungsi Asus SonicMaster memberikan kualiti audio yang lebih baik untuk lagu yang anda dengari.

Aplikasi ini juga mempunyai pelbagai pilihan mod yang boleh disesuaikan dengan pengguna. Terdapat Aplikasi Open Cloud yang menyertakan integrasi dengan storan awan yang lain iaitu Asus Webstorage, Google Drive, Dropbox, OneDrive dan Asus Home Cloud. Sekiranya anda seorang yang menitikberatkan kapasiti storan, dengan setiap Zenfone Asus akan menyediakan ruang storan Asus Webstorage sebesar 5GB secara percuma. Salah satu perkara yang diberikan fokus utama adalah paparan antaramuka ZenUI yang turut membawakan banyak integrasi dan fungsi yang praktikal. Paparan ini tampak lain dan sangat elegan. Salah satu fungsi adalah Record Call yang membolehkan pengguna merakam panggilan telefon yang diinginkan. Battery Saving Mode juga mempunyai 3 pilihan dan boleh menjimatkan kuasa bateri untuk kekal beroperasi lebih lama. Terdapat aplikasi What’s Next dan Do It Later. Aplikasi What’s Next akan memaparkan maklumat penting dalam aktiviti seharian dalam bentuk jalur masa. Ia juga boleh dipaparkan pada paparan Homescreen dan juga Lockscreen jadi ia membantu pengguna untuk menjengah jadual mereka secara pantas. Aplikasi Do It Later merupakan satu bentuk aplikasi peringatan namun apa yang lebih menarik adalah integrasi tersebut membolehkan pengguna membuat peringatan pada aplikasi yang lain. Peranti ini dijual di Malaysia pada April 2014 dengan variasi harga untuk Zenfone 4 RM299, Zenfone 5 RM599 dan Zenfone 6 RM899.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s