RSS

HTC One M8

12 May

Dari segi rekaan tubuh HTC One M8 lebih melengkung berbanding One. Bahagian bucu dan belakang yang lebih melengkung membuatkan ianya lebih selesa dipegang. Kemasan One M8 juga tampak lebih premium dan tegap. Panel belakang M8 berkilat dan tidak lagi legap seperti model tahun lalu. Dua perkara yang paling ketara ialah rekaan kamera yang berlainan serta penggunaan butang pada skrin dan bukan lagi dari jenis kapasitif. Butang kuasa yang juga merangkap pemancar infra merah kini terletak pada bahagian atas sebelah kanan dan bukannya kanan sebelah kiri. Butang suara pada bahagian kanan dan disini juga diletakkan slot kad MikroSD. Menyokong penambahan memori dalaman Kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte. Pada bahagian kiri terdapat slot untuk NanoSIM dan pada bahagian bawah terdapat port MikroUSB dan juga jack fon kepala. Menggunakan antaramuka terkini iaitu Sense 6.0 beserta Android 4.4.2 . Bahagian bawah skrin di dominasi 3 butang kawalan back, home dan multi tasking. Apabila memasuki skrin tetapan barulah kami menyedari beberapa perubahan yang lebih ketara. Pertama sekali rekaan ikon semakin minimalis dan tidak lagi berwarna terang seperti Sense 5.5. HTC meletakkan warna beza pada antaramuka bagi memudahkan pengguna mengetahui apakah yang sedang diakses oleh mereka. Sebagai contoh warna hijau ialah skrin Blinkfeed, biru untuk skrin aplikasi hiburan dan oren untuk skrin galeri.

Pembaharuan juga dilakukan pada skrin multi tasking dimana anda boleh mematikan kesemua aplikasi yang dilancarkan dengan menekan sebuah butang pada bahagian atas sebelah kanan. Sense 6.0 HTC memperkenalkan sistem Motion Launch yang membuatkan pengguna tidak menggunakan lagi butang kuasa secara fizikal. Motion Launch berfungsi seakan tap to wake yang ada pada Nexus 5 dan Oppo N1. BlinkFeed juga diberikan beberapa fungsi baharu diberi nama hub. Dari hub ini anda boleh mencari pautan ke berita dari laman web, Twitter, Facebook dan sebagainya untuk topik-topik tertentu. Pengguna juga boleh melakukan gerakan jari (gesture) untuk melakukan beberapa pintasan ke atas beberapa fungsi penting. Menekan skrin sebanyak dua kali akan menghidupkan skrin secara automatik. Menggerakkan jari dari kiri ke kanan ketika skrin dimatikan akan membuka terus skrin Blinkfeed. Pergerakan jari kanan ke kiri ketika skrin dimatikan pula akan membawa anda terus ke skrin utama tanpa perlu melakukan nyahkunci. Jika pergerakan bawah ke atas dilakukan pula anda akan dibawa terus ke aplikasi terakhir anda gunakan sebelum skrin ditutup dan akhir sekali bawah ke atas pula melancarkan sistem kawalan suara Google Now. Aksesori yang terdapat pada peranti adalah penutup yang diberi nama HTC Dot View Cover.

Penutup bahagian hadapan Dot View diperbuat daripada getah dan mempunyai ratusan lubang yang ditebuk. Apabila anda melakukan pergerakan jari seperti menekan skrin sebanyak dua kali skrin peranti akan memaparkan informasi menembusi lubang-lubang ini. Ianya bukan penutup magnetik dan tidak memerlukan kuasa untuk digunakan. Yang menarik tentang Dot View ini ialah anda boleh menjawab telefon seperti biasa tanpa membuka penutup terlebih dahulu. Hanya gerakkan jari pada ikon mengangkat telefon dan anda boleh menjawab telefon seperti biasa. Kamera pada bahagian atas adalah kamera utama UltraPixel merupakan sebuah sensor kedalaman. Sensor ini digunakan bagi mengesan jarak di antara objek dan kamera ketika gambar diambil. Gambar yang diambil kemudian boleh diubah titik fokusnya selepas itu. Ini adalah fungsi yang sama dengan kamera Lythro dan Nokia Refocus untuk peranti Lumia. Difahamkan sensor kamera UltraPixel masih dikekalkan sebesar 4 Megapixel tetapi dengan penambahbaikan berbanding model tahun sebelumnya. Dilengkapi dwi flash bagi memberikan tona warna gambar yang lebih semulajadi apabila flash digunakan. Antaramuka juga diberikan sentuhan Sense 6.0 yang minimalis. Sensor kedalaman yang terbina membolehkan anda melakukan beberapa kesan khas. HTC Zoe masih dikekalkan. Akhir sekali kamera hadapan adalah sebesar 5 Megapixel dengan lensa bersudut lebar bagi memudahkan anda mengambil potret selfie.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s