RSS

Kemaskini WordPress 3.9

12 May

Pembangun WordPress hari ini telah memperkenalkan versi terbaru sistem penulisan blog dan pembangunan web mereka, iaitu WordPress 3.9. Pelbagai peningkatan disertakan dan memudahkan pengurusan media pada platform tersebut. WordPress 3.9 kali ini dikenali dengan nama kod “Smith” dan menyertakan beberapa pembaharuan bersama dengannya. Pada bahagian media sahaja, pihak pembangun WordPress telah menambah-baik pelbagai perkara, dimana pengguna boleh membuat penyuntingan ringkas dengan pantas ketika menulis sesuatu artikel. Selain daripada itu, WordPress kini menyokong drag-and-drop gambar dan imej dari desktop terus ke bahagian editor. Selain daripada pengurusan gambar, pengurusan klip audio dan video juga ditambah-baik dengan sokongan playlist. Selain itu, WordPress ini turut memberikan perhatian pada bahagian tema, dimana pengguna boleh memilih tema dan rekaan web mereka, disamping memaparkan perubahan masa-nyata untuk penggunaan widget dan juga header. Anda boleh mengemaskini pemasangan secara automatik, ataupun memuat-turun fail sumbernya bersaiz sekitar 6MB.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s