RSS

Lenovo Vibe Z

12 May

Lenovo Vibe Z membawakan rekaan dan binaan badan yang tidak boleh dibuka ruang baterinya.  Membawakan rekaan polikarbonat yang sedikit berbeza dan amat selesa dipegang dan digunakan di tangan. Butang kawalan audio diletakkan di bahagian kiri peranti, dan butang kuasa di bahagian atas peranti. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh. Dijana menggunakan Android 4.3 Jelly Bean dan menggunakan antaramuka mereka sendiri. Beberapa pilihan tema disediakan untuk membolehkan pengguna memilih apa yang digemari mereka. Pihak Lenovo juga menambah beberapa fungsi tambahan, termasuk sokongan gesture. Pengguna boleh mengaktifkan beberapa fungsi seperti goncangkan peranti untuk lock, Pocket Mode untuk bunyi yang lebih kuat, sokongan multi-windows, dan beberapa yang lain. Menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan auto-fokus dan pilihan beberapa filter pada aplikasi kamera mereka. Turut menyertakan dwi-LED pada bahagian belakang untuk menawarkan pencahayaan yang lebih terang berbanding kebiasaan. Selain kamera belakang dengan sensor besar, pihak Lenovo turut menyertakan sensor 5-megapixel pada bahagian hadapan. Ia menawarkan sokongan rakaman selfie pada kualiti yang lebih baik. Lenovo Vibe Z dijual di Malaysia pada harga RM1799.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s