RSS

Mengenai Nokia X

12 May

Nokia X merupakan peranti terkini daripada Nokia yang hadir dengan sistem operasi Android yang dibangunkan melalui Android Open Source Project (AOSP), berasaskan Android 4.1.2 Jelly Bean. Peranti ini merupakan salah satu peranti Android daripada Nokia selain Nokia X+ dan Nokia XL. Hadir dengan rekaan polikarbonat seperti yang terdapat pada peranti Lumia dan beberapa model Nokia Asha. Nokia X turut tampil dengan senarai pilihan warna menarik seperti yang ditawarkan Nokia sebelumnya. Anda boleh menukar kerangka belakang mengikut pilihan warna kegemaran. Pada bahagian bawah Nokia X hadir dengan port micro-USB yang bertindak sebagai lubang pengecasan dan sambungan data. Pada bahagian atas peranti pula hadir dengan lubang earphone jack 3.5mm selain pada sisi telefon yang didatangkan dengan butang pelarasan suara dan butang kuasa. Dilengkapkan dengan saiz skrin IPS LCD sebesar 4-inci dengan kepadatan piksel (pixel density) sebanyak 233 ppi. Membawakan antaramuka Fastlane UI hasil kombinasi Nokia Asha dan Nokia Lumia. Pengguna boleh mengubah saiz tile dan menambah widget padanya. Sekiranya pengguna ingin melancarkan fungsi multitasking dan melihat notifikasi, pengguna hanya perlu membuat swipe sama ada ke sebelah kanan atau ke kiri dan anda akan disajikan dengan paparan recent activity Fastlane UI. Beberapa perkara yang menjadikan Nokia X berbaloi dimiliki berbanding peranti Android lain ialah ia hadir dengan aplikasi Here Maps yang menawarkan sokongan offline navigation. Sistem pemetaan yang sangat baik dan boleh dipercayai ini sudah cukup menjadikan Nokia X berbaloi untuk dimiliki. Bagi penggemar muzik pula, pihak Nokia menghadirkan aplikasi MixRadio yang membolehkan anda mendengar muzik melalui servis langganan yang ditawarkan. Nokia X membawakan kamera 3.15-megapiksel pada bahagian belakang dan tidak hadir dengan sebarang kamera hadapan. Satu perkara yang saya puji mengenai kamera Nokia X, ia hadir dengan kawalan yang pelbagai pada fungsi kameranya. Menariknya, ia hadir dengan sokongan Panorama, Face Detection, dan Noise Reduction selain kebolehan mengubah ISO dengan kawalan exposure padanya. Nokia X tidak hadir dengan kebolehan rakaman video HD dan hanya menawarkan rakaman video pada resolusi 480p. Namun, jurucakap Nokia mengatakan sokongan memainkan video HD boleh dicapai apabila pengguna memasang aplikasi pihak ketiga seperti aplikasi MX Video Player. Ramai pihak yang bertanyakan mengenai prestasi Nokia X kerana ingin melihat sejauh manakah prestasi peranti dengan 512MB RAM ini. Pada percubaan yang dilakukan, antaramuka Fastlane UI agak pantas, cuma apabila melancarkan aplikasi dilihat sedikit lambat dan tidak sepantas yang diharapkan. Setiap pembukaan aplikasi mengambil masa lebih kurang sekitar 2-4 saat sebelum paparan splash screen muncul ketika memulakan aplikasi. Boleh dikatakan Nokia X merupakan peranti yang berbaloi untuk dimiliki sekiranya anda mempunyai bajet di bawah lingkungan RM400.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s