RSS

Samsung Galaxy Camera 2

12 May

Untuk versi kedua beberapa pembaharuan diberikan oleh Samsung. Paling ketara ialah rekabentuk yang lebih premium dan rekaan yang lebih kompak. Kemasan yang dahulunya agak plastik kini digantikan dengan kemasan seakan kulit. Kemasan seperti kulit ini nampaknya digunakan secara menyeluruh oleh Samsung pada kesemua produk yang dihasilkan oleh mereka sejak diperkenalkan pada Galaxy Note 3 tahun lalu. Mempunyai kemasan logam pada bahagian atas dan bawah yang membuatkan ia kelihatan seperti sebuah peranti premium. Pada bahagian atas terdapat butang kuasa, flash, butang kawalan zoom serta pengatup kamera. Slot MikroUSB dan jack fon kepala pula terletak pada bahagian kanan. Pada sebelah kiri terdapat sensor NFC manakala pada bahagian bawah terdapat port untuk HDMI. Slot MikroSD terletak di dalam ruang bateri dan menyokong penambahan memori dalaman sehingga 64 Gigabyte. Pemprosesan dinaikkan dari 1.4 ke 1.6 GHz empat teras. RAM digandakan kepada 2 GB berbanding 1 GB sebelumnya. Penambahbaikan juga dilakukan pada kapasiti bateri yang kini sebesar 2000 mAh berbanding 1650 mAh. Samsung menambah butang paparan skrin yang diletakkan pada bahagian kanan skrin. Butang multi tasking tidak disertakan. Ini bermakna anda perlu menekan butang Home untuk beberapa saat bagi mengakses skrin multi tasking. Terdapat widget khas yang diberi nama Camera Studio yang membolehkan anda meletakkan aplikasi kegemaran anda di dalamnya. Ini memudahkan anda melancarkan aplikasi kegemaran tanpa memasuki talam aplikasi. Terdapat 28 tetapan yang boleh anda pilih bagi memudahkan penggambilan gambar mengikut situasi berbeza. Ini adalah jauh lebih banyak dari hanya 15 tetapan pada Galaxy Camera 1. Tetapan ini juga disenaraikan di dalam kategori berasingan iaitu mod potret, pemandangan, gambar jarak dekat, mod malam dan mod profesional. Bagi memudahkan anda memilih setiap tetapan, ia disertakan dengan penerangan pendek bagaimana ianya boleh digunakan oleh anda.  Antara tetapan baru yang ada ialah Selfie Alam, Colour Bracket, Kids Shot dan Interval. Antaramuka kawalan manual pada Galaxy Camera dikekalkan. Remote Viewfinder ialah sebuah fungsi baru yang diperkenalkan Samsung. Pada Sony QX100 anda boleh menggunakan peranti Android anda sebagai viewfinder kepada lensa pintar Sony. Fungsi Remote Viewfinder Galaxy Camera 2 berfungsi dengan prinsip yang sama. Anda boleh mengawal Galaxy Camera 2 secara terus dari mana-mana peranti berkuasa Android dan IOS milik anda dengan memuat turun aplikasi khas dari Google Play dan Apple App Store.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s