RSS

Sony Xperia Z2 Tablet

12 May

Sony Xperia Z2 Tablet merupakan kemaskini kepada tablet Xperia yang diperkenalkan pada tahun lepas, dan masih mengekalkan saiz skrin 10-inci, dan dilengkapi dengan sokongan kalis air dan debu. Mengekalkan rekabentuk yang nipis dan ringan, dimana Sony mengelarkannya sebagai tablet kalis air yang paling nipis dan ringan di dunia. Dilengkapi dengan sokongan paparan HD penuh dan menggunakan teknologi paparan Triluminos. Sony turut menyertakan sokongan Live Colour LED yang menawarkan paparan yang amat jelas pada sebarang keadaan cahaya persekitaran. Selain daripada skrin, pihak Sony turut memberikan perhatian pada audio. Menyertakan sokongan audio Sony Front Surround dengan sokongan audio yang baik untuk pelbagai bentuk kegunaan multimedia. Turut dilengkapkan dengan sokongan Digital Noise Cancelling dengan mengurangkan gangguan audio apabila menggunakan headset. Xperia Z2 Tablet ini dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat, dan menggunakan antaramuka khusus daripada Sony. Sony turut menyertakan beberapa aplikasi khusus iaitu PlayStation Mobile, Music Unlimited dan juga Walkman selain memperkenalkan fungsi “Whats New”, yang membolehkan pengguna mengetahui pelbagai berita baru mengenai Games, muzik, gambar dan sebagainya dari semasa ke semasa. Menggunakan kamera 8.1-megapixel dengan sokongan Exmor RS. Sokongan pelbagai fungsi kamera seperti pada telefon pintar turut disertakan pihak Sony pada tablet ini dan dilengkapkan dengan kamera 2.2-megapixel untuk panggilan video. Dari segi spesifikasi, Xperia Z2 Tablet boleh dikatakan sebagai tablet dengan spesifikasi yang tinggi  kerana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz, dan memori 3GB RAM serta dilengkapi sokongan 4G LTE. Pelbagai aksesori turut disertakan termasuk sebuah papan kekunci Bluetooth. Pihak Sony juga menyertakan aplikasi OfficeSuite Pro 7 untuk tablet ini.

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s