RSS

MBAN Mempertingkatkan Pelabur Dana Sektor Swasta

30 Jun

Malaysia bumi bertuah kerana banyak agensi wujud untuk membantu usahawan dan perniagaan start-up dan kini Malaysian Business Angels Network (MBAN) turut bersama didalam usaha ini. MBAN merupakan agensi yang menempatkan pelabur dana awal (Angel Investor) dan kini agensi tersebut mengumumkan hala tuju mereka ke arah sektor swasta. Angel investor atau angel adalah istilah yang merujuk kepada pelabur yang membekalkan dana dan khidmat bantuan untuk perniagaan start-up. Setiap angel selalunya menggunakan pendapatan atau pengalaman perniagaan mereka untuk membantu para usahawan meningkatkan perniagaan mereka. Dalam kehidupan sebenar, Angel Investor telah banyak membantu syarikat-syarikat teknologi seperti Mike Markkula yang membantu Steve Jobs dan Steve Wozniak membangunkan Apple Inc. pada tahun 1977. Di Malaysia, Angel telah membantu salah satu aplikasi tempahan teksi iaitu MyTeksi dan laman web Intelligent Money yang berjaya mendapat dana lebih RM35 juta daripada pelabur untuk membantu mereka menjalankan perniagaan. Melalui ke arah sektor swasta ini, mereka akan menarik lebih banyak lagi pelabur dana awal terutamanya daripada sektor swasta. Sebelum ini, MBAN mula bergerak di bawah sektor awam melalui Cradle Fund Sdn Bhd yang merupakan agensi di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia. Richard Wong selaku Ketua Pegawai Eksekutif terbaru bagi MBAN berkata, kesemua Angel bukan sahaja membantu dalam urusan kewangan, tetapi turut terlibat menjadi mentor kepada usahawan dan syarikat start-up. Melalui pengalaman sedia ada, para Angel akan membantu memberi idea dan khidmat nasihat kepada usahawan baru. Pihak MBAN juga menawarkan Angel Tax Incentive yang membolehkan Angel Investor mendapat potongan cukai sehingga RM500,000 setahun selepas mereka melabur di dalam sesebuah syarikat. Bagi yang berminat untuk mengetahui pelaburan dana awal ini, layari laman web MBAN di http://www.mban.com.my/

 
Leave a comment

Posted by on June 30, 2014 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s